Pages

Monday, March 29, 2010

AGM PMFSKB~berakhir dan bemulanya satu kepimpinan




22 Mac 2010
- Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada kepimpinan PMFSKB yang baru sesi 2010/2011 dan tahniah kepada PMFSKB sesi 2009/2010. AGM PMFSKB bagi sesi ini telah dijalankan pada 22 Mac 2010 dengan kehadiran Prof. Dr. Salmaan Hussain bin Inayat Hussain,Dekan FSKB sebagai perasmi dan juga Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah bt Mukari,Timbalan Dekan (Prasiswazah,Alumni & Hubungan Masyarakat).
AGM ini menyaksikan peralihan kuasa YDP PMFSKB sesi lepas, saudara Muhammad Naim Bin Sulaiman dan seluruh organisasi kepada organisasi yang bertunjangkan kepimpinan YDP yang baru iaitu saudara Abdul Muiz Bin Abu Bakar. Berikut merupakan barisan kepimpinan PMFSKB sesi 2010/2011:-

1

Abdul Muiz Bin Abu Bakar

YDP

2

Muhammad Nurhakim Bin Miswan

TYDP

3

Noor Shareena Binti Abdul Khalid

NYDP I

4

Farah Syazwani Binti Haji Salman

NYDP II

5

Mohamad Azmeer Bin Sadali

Setiausaha

6

Cantiriga A/P Subramaniam

T.Setiausaha

7

Sakinah Binti Ismail

Bendahari

8

Nurul Farhana Afiqah Binti Wahid

T.Bendahari

9

Muhammad Haziq Bin Yusof

Exco Multimedia

10

Jeyaganesan Pillay

Exco Perhubungan

11

Lim Sock Jin

Exco Akademik

12

Nurul Asyiqah Binti Binti Aspien

Exco Kebajikan I

13

Rabiatul Adawiyah Binti Malek

Exco Kebajikan II

14

Ain Fatiha Binti Aidilfitri

Exco Badan Hal Ehwal Siswi

15

Muhammad Haziq Bin Shariff

Exco Pembangunan Mahasiswa

16

Nor Ashikin Bt Sopian

Exco Tugas-Tugas Khas

17

Nor Rashidah Binti Mohd Nisom

Exco Keusahawanan



Kepimpinan PMFSKB sesi 09/10 dan 10/11

PMFSKB sesi 09/10

Tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga kerjasama yang erat dapat dijalankan antara MPP FSKB dan PMFSKB sesi kali ini ke arah mengukuhkan institusi kemahasiswaan FSKB!



MENGUNGGULI INSTITUSI MAHASISWA


Thursday, March 18, 2010

Mesyuarat PMUKM yang ke..

Pada 16 Mac yang lalu,satu mesyuarat susulan selepas watikah pelantikan PMUKM sesi 09/10(23 Februari) telah diadakan di Bilik Gerakan HEP,kampus UKM Bangi. Antara agenda yang dibincangkan adalah masalah kebajikan yang merangkumi isu:-isu keselamatan, pengangkutan,penghantaran pelajar yang sakit ke hospital, WIFI dan masalah kesihatan. Isu berbangkit seperti ketiadaan portfolio kerohanian dalam organisasi PMUKM yang baru turut diperdebatkan.

menunggu ketibaan ahli mesyuarat yang lain,Bilik Gerakan HEP,16 Mac 2010


Isu-isu yang dibincangkan membuka mata saya kepada masalah-masalah yang sering berlaku di kampus induk UKM Bangi dan dapat dilihat bahawa terdapat titik persamaan terhadap beberapa masalah di Bangi dan juga di kampus KL ini. Salah satunya adalah penerimaan WIFI yang lambat disebabkan penggunaan internet yang tidak berhemah. Pengguna-pengguna WIFI seharusnya 'log out' daripada akaun JARING setelah tidak menggunakannya lagi.Ini dapat dilakukan dengan menaip
ap.logout di bahagian address website sebelum menamatkan sesi penggunaan akaun JARING anda. Majoriti mahasiswa/i masih tidak mengetahui info penting ini. Maka dengan itu, amat diharapkan warga kampus KL dapat menyebarkan informasi ini kepada rakan-rakan kampus KL yang lain.Sekian untuk makluman.

Gunakan perkhidmatan WIFI yang disediakan dengan berhemah.Kita mahasiswa prihatin!

Wednesday, March 17, 2010

Pertemuan pemangkin persefahaman

Salam perjuangan, salam mahabah.

Pertemuan bersama En Fairuz Mohd Rafdzi

15/3/2010- Pertemuan ringkas bersama En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur

Secara ringkasnya pertemuan ini dilakukan berikutan permohonan MPP FSKB tahun 3/4 kepada pihak pentadbiran Kampus Kuala Lumpur untuk mengadakan perjumpaan bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kuala Lumpur sebagai langkah pertama kerjasama di antara pihak pentadbiran dan MPP pada sesi kali ini.


Laporan hasil pertemuan dengan beliau:

1. Pihak Pentadbiran Kampus KL menyambut baik hubungan jalinan antara kedua belah pihak.
2. Cadangan untuk mengadakan mesyuarat antara pihak pentadbiran kampus Kuala Lumpur dan MPP kampus KL akan diadakan. Ketua atau wakil bahagian-bahagian Kampus Kuala Lumpur akan turut dijemput untuk turut sama dalam mesyuarat ini. Bahagian yang terlibat termasuklah Bahagian Keselamatan, Perpustakaan Dr Abdul Latiff, Jabatan Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat(PTM) serta Jabatan Pengurusan Pembangunan(JPP). Hal ini adalah bagi memperjelaskan semula kepada semua MPP agar memahami skop dan bidang tugas setiap bahagian bagi melicinkan setiap prosedur dan sistem penyampaian yang akan dilakukan pada masa akan datang . Ini penting kerana MPP bertindak sebagai medium penyampai maklumat antara pentadbiran dan mahasiswa yang berhubungkait dengan kebajikan mahasiswa .Langkah ini juga penting agar tiada salah faham antara mahasiswa dan pihak pentadbiran berhubung isu-isu tertentu.

3. Pihak pentadbiran telahpun atau sedang mengambil tindakan merujuk kepada aduan-aduan yang telahdisampaikan oleh mahasiswa, namun tiada medium untuk memberi maklum balas kepada mahasiswa berhubung aduan yang telah diberikan. Oleh itu, besar harapan kami sebagai MPP mahasiswa untuk menjadi jambatan penghubung antara pihak pentadbiran dan mahasiswa dalam menyampaikan informasi-informasi penting sebegini.

4. Beberapa perkara berbangkit akan dibincangkan semasa mesyuarat nanti.

5. Tarikh dan masa mesyuarat yang akan diadakan akan dimaklumkan semula melalui surat yang akan dikeluarkan.


Pertemuan bersama Puan Faizah Mohd Zaid

16/3/2010 – Pertemuan dengan Puan Faizah Mohd Zaid, Ketua Perpustakaan Dr Abdul Latiff Laporan hasil pertemuan dengan beliau.
1. Mendapatkan penjelasan tentang perkembangan terbaru tindakan pihak Perpustakaan berkenaan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini:-

- Mendapatkan penjelasan berkaitan pemasangan CCTV bagi mengurangkan kes kecurian dan hasilnya;-
  • Permohonan pemasangan CCTV telah dibuat oleh pihak Perpustakaan Kampus KL dan sekarang masih memerlukan sedikit masa untuk melepasi bebarapa prosedur seperti pemilihan CCTV dan lain-lain.Mahasiswa/I diharap dapat bersabar kerana proses permohonan dan pemasangan CCTV agak memakan masa.
  • Pihak Perpustakaan Kampus KL juga telah menyediakan loker penyimpanan berbayar bagi mengurangkan kes kecurian dan diharapkan mahasiswa dapat memanfaatkanya.
  • Pihak pengurusan perpustakaan amat mengharapkan kerjasama daripada mahasiswa agar menjaga harta benda dan barangan peribadi masing-masing dengan cermat
  • Notis peringatan berkaitan agar tidak meninggalkan barang berharga di loker terbuka telahditampal. Diharap semua mahasiswa peka dan bertindak selari dengan peringatan tersebut.
Sayangilah harta dan barangan peribadi anda. Tingkatkan kewaspadaan dan berhati-hati. Kita mahasiswa prihatin!

2. Buku perpustakaan yang dikatakan lama dan tidak mencukupi.

Penjelasan yang diberikan:-
  • Perpustakaan Kampus Kuala Lumpur telah lama ditubuhkan iaitu 1974 berbanding perpustakaan HUKM iaitu pada tahun 1997. Maka buku-buku lama masih dikekalkan, tambahan pula buku-buku klinikal yang sepatutnya dipindahkan ke HUKM tidak dapat dilakukan kerana Perpustakaan HUKM kekurangan tempat.
  • Buku-buku baru telah pun dibeli dan ditempatkan di rak-rak.
  • Semua buku sebelum tahun 2000 telah disimpan di stor simpanan buku lama.
  • Berita baik buat mahasiswa:- anda boleh membuat permintaan buku rujukan kepada pihak perpustakaan dan lebih baik jika menyertakan sekali nombor ISBN agar memudahkan pihak pengurusan Perpustakaan mengambil langkah selanjutnya.
  • Pihak Perpustakaan telah mula menyediakan kemudahan satu judul buku dengan 10 buah buku. Oleh itu, masalah kekurangan buku rujukan diharapkan dapat dikurangkan.

3. Masalah kemudahan penghawa dingin dan tandas.
Penjelasan yang diberikan:-
  • Semua ini di bawah pemerhatian JPP. Segala aduan daripada mahasiswa akan segera dilaporkan kepada JPP.
  • JPP akan mengeluarkan notis kepada pihak Perpustakaan jika kerja-kerja penyelengaraan dilakukan.

4. Masalah bilik perbincangan yang tidak kedap bunyi.
Penjelasan yang diberikan;-
  • Telah diambil tindakan dan makluman, namun akibat kekurangan belanjawan kerja-kerja menaik taraf terpaksa ditangguhkan.
5. Masalah pautan pangkalan data dan Gemilang.
Penjelasan yang diberikan:-
  • Boleh merujuk kepada Pn Mariati Embong, Pustakawan Kanan
  • Berita baik untuk mahasiswa:- mahasiswa boleh meminta kelas daripada pihak perpustakaan untuk mempelajari sistem pautan pangkalan data dan Gemilang.
6. Masalah jaringan ‘wireless’.
Penjelasan yang diberikan:-
  • Perlu merujuk kepada Bahagian Multimedia.
Tindakan susulan dari pihak MPP FSKB 3/4 akan segera di ambil. Nantikan tindakan selanjutnya..


Disediakan oleh,

Nur Ili Mohamad Tarmizi,
MPP Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Tahun 3/4
Sesi 09/10
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, March 9, 2010

Perutusan Sulung MPP FSKB Sesi 09/10

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera.


Salam mahabbah, Salam Perpaduan.


Seinfiniti kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya kita masih bernafas dan berada dalam keadaan sihat sejahtera sehingga ke hari ini. Pertama-tamanya, saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga UKM Kampus KL di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mewakili anda dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 09/10.


Rakan seperjuangan yang dikasihi,

Tanggungjawab bukanlah satu anugerah tapi merupakan satu amanah. Tanggungjawab yang digalas ketika ini merupakan satu amanah yang tidak boleh dipandang enteng. Setiap janji yang ditaburkan perlu diusahakan untuk direalisasikan. Prinsip-prinsip inilah yang sepatutnya disemat dalam jiwa setiap ahli majlis perwakilan pelajar malah dalam diri setiap pemimpin yang dipilih. Menyentuh mengenai kepimpinan, kita sebagai mahasiswa seharusnya menyedari hakikat bahawa ke mana sahaja kita melangkah, kita merupakan seorang pemimpin. Pemimpin diri, pemimpin pelajar, malah merupakan bakal pemimpin negara. Pembelajaran di dewan kuliah semata-mata tidak cukup untuk menghadapi persaingan dan percaturan dunia di luar sana sebagai pemimpin. Mahasiwa kini perlu mengglobalisasikan ilmu dan pemikiran serta cakna dengan perubahan arus perdana dengan setiap isu yang berlaku di sekeliling kita perlu diambil kira untuk diambil iktibar dan pengajaran untuk ‘survival’ masa kini. Penyakit ‘tidak pedulisme’ yang semakin menular dikalangan mahasiswa kini perlu segera diatasi kerana penyakit inilah yang menyempitkan pemikiran mahasiswa ketika ini. Sehubungan dengan itu, kita seharusnya mempersiap siagakan diri dengan segala macam ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar.


Rakan mahasiswa yang saya sayangi,

Manifesto untuk membangunkan institusi kemahasiswaan dan menjadikan isu kebajikan anda sebagai prioriti utama tidak akan dibiarkan sekadar angin lalu, tetapi akan berusaha dilakukan sebaik mungkin untuk kebaikan kita bersama. Cadangan, teguran dan saranan daripada anda amatlah dialu-alukan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari pihak saya.


Rakan mahasiswa yang saya hormati,

Menyoroti sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, tegaknya kita berdiri sebagai warga universiti tercinta ini adalah dari titik peluh dan keringat harapan bangsa kita. Tertubuhnya Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu pada tahun 1992 bukan sekadar satu tradisi untuk mengembangkan sayap keilmuan sahaja malah untuk melahirkan insan kamil yang sentiasa konsisten berkhidmat untuk masyarakat dan meneroka lebih banyak ilmu dan peluang dalam bidang sains kesihatan untuk kesejahteraan semua.


Justeru itu, jangan sia-siakan masa yang masih bersisa di bumi UKM tercinta. Rebut segala peluang yang ada untuk mengembang dan menyerlahkan kehebatan potensi diri yang tersimpan selama ini. Kitalah pewaris bangsa, kitalah yang bakal menentukan halatuju negara! Akhir kata, saya percaya dengan sokongan anda semua, kita dapat bersama-sama membangunkan era perubahan bagi melakukan anjakan paradigma dalam diri mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu untuk menempa kecemerlangan bukan sahaja dalam dunia akademik malah menjadi ‘survivor’ dalam persaingan dan percaturan dunia di luar sana. Bersama-sama kita mampu melakukannya!

Sekian terima kasih.



Salam Mahasiswa,

Bergerak seiringan,memacu perubahan.


Nur Ili Mohamad Tarmizi

Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Sesi 09/10

Universiti Kebangsaan Malaysia

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music