Pada 16 Mac yang lalu,satu mesyuarat susulan selepas watikah pelantikan PMUKM sesi 09/10(23 Februari) telah diadakan di Bilik Gerakan HEP,kampus UKM Bangi. Antara agenda yang dibincangkan adalah masalah kebajikan yang merangkumi isu:-isu keselamatan, pengangkutan,penghantaran pelajar yang sakit ke hospital, WIFI dan masalah kesihatan. Isu berbangkit seperti ketiadaan portfolio kerohanian dalam organisasi PMUKM yang baru turut diperdebatkan.
Isu-isu yang dibincangkan membuka mata saya kepada masalah-masalah yang sering berlaku di kampus induk UKM Bangi dan dapat dilihat bahawa terdapat titik persamaan terhadap beberapa masalah di Bangi dan juga di kampus KL ini. Salah satunya adalah penerimaan WIFI yang lambat disebabkan penggunaan internet yang tidak berhemah. Pengguna-pengguna WIFI seharusnya 'log out' daripada akaun JARING setelah tidak menggunakannya lagi.Ini dapat dilakukan dengan menaip ap.logout di bahagian address website sebelum menamatkan sesi penggunaan akaun JARING anda. Majoriti mahasiswa/i masih tidak mengetahui info penting ini. Maka dengan itu, amat diharapkan warga kampus KL dapat menyebarkan informasi ini kepada rakan-rakan kampus KL yang lain.Sekian untuk makluman.
Gunakan perkhidmatan WIFI yang disediakan dengan berhemah.Kita mahasiswa prihatin!
0 comments:
Post a Comment