Berita Harian 23 November 2010
TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama dari Januari hingga Julai lalu.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, menasihatkan pelajar yang terbabit supaya menghubungi PTPTN segera bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini ketika mereka membuat pinjaman. Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak ini akan dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskan pinjaman yang dibuat, katanya selepas merasmikan Kembara Muhibah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini, semalam.

Bagi yang masih belum mengambil maklum:
Untuk makluman semua peminjam, PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat.
Langkah-langkah menukar pembiayaan anda:
1.) Pergi ke laman web PTPTN.
2.) Isikan nombor Kad Pengenalan dan emel.
3.) Selepas itu, pihak PTPTN akan menghantar mesej ke emel anda.
4.) Satu pautan khas akan dihantar melalui alamat emel yang didaftarkan supaya anda dapat mengisi maklumat-maklumat wajib untuk penukaran pinjaman kepada pembiayaan pendidikan PTPTN.
5.) Anda mestilah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan betul sebelum menekan butang "Teruskan" bagi tujuan pendaftaran. Setiap pendaftaran yang telah dihantar TIDAK boleh dibuat pindaan lagi.
6.) Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.
Bagi mendapatkan:
- Laman web kemaskini maklumat Ujrah,sila klik: http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp
- Jadual kemaskini,sila klik: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/pembiayaan/tentatif-ujrah
- Carta alir proses pembiayaan, sila klik : http://www.ptptn.gov.my/docs/CARTA%20ALIR%20PROSES%20TAWARAN%20UJRAH.pdf
- FAQ Tawaran Ujrah,sila klik: http://www.ptptn.gov.my/gateway/docs/FAQ%20Tawaran%20Conversion%20Ujrah%20Ver%201.0.pdf
Maklumat lanjut ?Layari : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
Melahirkan Mahasiswa Peka dan Cakna, Dapatkan Hak Anda!
0 comments:
Post a Comment