Pages

Saturday, August 14, 2010

Imbasan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Syukur dan sujud kepada Ilahi kerana kita masih lagi bernyawa untuk bertemu Ramadhan kali ini. Penulisan ini dilakukan ketika kalendar Hijriah sudah menginjak ke 5 Ramadhan 1431. Terlalu banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini dan ketika inilah baru diri berkesempatan untuk melaporkan gerak kerja sepanjang 7 hari yang lepas. Berikut adalah ringkasan laporan:)

1) Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2010:


Tarikh : 6-8 Ogos 2010

Tempat: Institut Latihan dan Keselamatan KWSP(ESSET),Bangi


Konvensyen ini merupakan medan berkumpulnya ahli Majlis Perwakilan Pelajar daripada setiap IPTA di Malaysia. Dengan tema:Mahasiswa Berinovasi Negara Lestari,konvensyen ini bertindak sebagai platform penyampaian,perkongsian dan perbahasan idea daripada MPP dari 20 IPTA seluruh negara termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Pelbagai isu yang dibincangkan termasuklah Konsep 1 Malaysia, Model Ekonomi baru, serta pelbagai isu lain.

Namun, isu yang hangat diketengahkan adalah berkenaan keadaan masyarakat di Sabah dan Sarawak yang tidak menikmati pembangunan sepertimana di Semenanjung walhal di sanalah terdapat pelbagai sumber bumi yang menjadi salah satu aset penting negara dalam membangunkan ekonomi Malaysia. Hal ini dikaitkan dengan sistem tadbir urus negeri yang tidak telus menyebabkan rakyat di negeri tersebut tidak dapat menikmati arus pembangunan yang sudah semestinya merupakan hak mereka.

Perbincangan mengenai konsep 1 Malaysia semestinya menjadi topik diskusi yang rancak dibincangkan apabila beberapa MPP tampil menyuarakan pandangan mereka tentang konsep 1 Malaysia yang dilihat sebagai tidak kekal lama berdasarkan masa pemerintahan Perdana Menteri kini dan tidak kurang juga perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan 1 Israel. Selain itu, penubuhan Kelab 1 Malaysia di setiap universiti turut dipersoalkan kerana penubuhannya yang tidak relevan dengan impak yang hendak disampaikan dan sekali lagi,bersifat 'tidak kekal lama'.

Terdapat 1 sesi perbincangan di mana MPP universiti akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut universiti masing-masing. UKM bersama UTM dan UMS diberikan tajuk:Peranan Belia/Mahasiswa dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia. Pada hemat saya, perbincangan dengan tajuk sebegini tidak
sepatutnya diberikan kepada kami kerana terlalu banyak isu penting lain yang boleh dibincangkan yang boleh dijadikan buah fikiran dalam pembangunan negara seperti Peranan Mahasiswa dalam Meningkatkan Mutu Belia Negara,Mahasiswa dan peranannya dalam mengatasi masalah Keruntuhan Akhlak yang semakin berleluasa dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sesi perbincangan kedua tampil dengan tajuk yang lebih luas dan segar iaitu: Dasar Ekonomi Baru dan sumbangannya kepada Perpaduan Rakyat.Tajuk ini diperbincangkan secara retrospektif daripada wujudnya Dasar Ekonomi baru pada 1971 sehinggalah kepada pandangan perspektif dengan terhasilnya Model Ekonomi Baru kini. Hubungkait antara keberkesanan Dasar Ekonomi Baru,Model Ekonomi Baru dan Perpaduan dikupas secara bersama antara MPP UKM,UTM dan UMS.

Hari terakhir diserikan dengan acara perasmian penutup oleh
YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Ucapan yang disampaikan beliau dirasakan begitu halus namun membangkitkan semangat dalam berfikir dan bertindak sebagai pemimpin peringkat global. Adakah kita pemandu jalan atau pemandu perjuangan? Demikianlah salah satu kata-kata beliau yang masih segar di benak fikiran saya.

Majlis penutup tersebut diakhiri dengan pengumuman menggemparkan iaitu Resolusi MPP Kebangsaan iaitu : 57.01 % daripada MPP yang hadir bersetuju mahasiswa dibenarkan terlibat dalam politik,namun perkara ini masih perlu dibawa ke dalam perbincangan. Ini menunjukkan sudah terang lagi bersuluh bahawa mahasiswa menuntut agar hak mereka tidak dinafikan untuk terlibat dalam arena politik negara.

YB Dato' Saifuddin Abdullah bersama resolusi

*Berita di Kosmo:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0809&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan 2010 memberi 1001 makna kepada kami dalam mengembangkan potensi fikiran,mengeratkan silaturrahim inter-U dan tidak kurang juga membuahkan banyak prsoalan yang masih menuntut jawapan. Semoga impak konvensyen ini berkesan dalam meningkatkan mutu kepimpinan dan pemikiran mahasiswa bukan satu fenomena retorik semata-mata. Wallahua'lam.

MPP FSKB,MPP Perubatan dan MPP Wakil Umum UKM bersama MPP-MPP universiti lain:)

Bersama MPP Fakulti Kesihatan USM dan UIA:)


MAHASISWA MEMIMPIN!




2) SEMINAR NURTURING THE LEADERS OF TOMORROW

Tarikh : 9 Ogos 2010 Tempat : Legend Hotel

Hari seterusnya setelah menghadiri Konvensyen MPP Kebangsaan 2010 diwarnai dengan penglibatan sebagai peserta Seminar Nurturing The Leaders of Tomorrow anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Turut-serta bersama saya adalah Noor Shareena Binti Abdul Khalid,NYDP I PMFSKB dan Nurul Asyiqah Binti Aspien,Exco Kebajikan I,PMFSKB.


Berikut merupakan pengisian tentatif program :
  • Seminar-Advokasi : Hak-hak Wanita dalam Undang-undang oleh Tengku Naufal Tengku Mansor (peguambela & peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, peguam Syar'ie Wilayah Persekutuan)
  • Perasmian oleh YB Senator Heng Seai Kie (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
  • Seminar 2 : Developing YOU oleh Low Ngai Yuen(selebriti 3R,pengarah pemasaran dan komunikasi Carrefour Malaysia dan Singapura)
  • Seminar 3 : Cabaran Menjadi Pemimpin Generasi Y oleh Mohd Rizal Hassan (Peneraju syarikat Take Charge Sdn Bhd)
  • Sesi Forum Interaktif : Lessons Learned Outside The Classroom,dipengerusikan oleh Terrence Dass dengan ahli panel (Sonia Ong-Youth Commission NCWO), Y. Bhg. prof Muhammad Arif Zakaullah (pensyarah UIAM) dan Pn Rosita Rahim (Intan).
Seminar ini membuka mata kami tentang akta-akta yang melindungi dan menjaga hak-hak wanita yang bukan sahaja perlu diketahui oleh wanita malah perlu diambil berat oleh kaum Adam juga. Selain daripada itu, input-input yang disampaikan dalam Seminar 2,3 dan sesi forum interaktif berintipatikan keyakinan dan kepimpinan belia dalam menerajui isu-isu dan aspek-aspek kepimpinan negara. Di samping jemputan-jemputan penceramah yang sangat berkaliber dengan gaya penyampaian yang sangat memikat hati, pengisian yang diberikan sangat bermanfaat dan menaikkan motivasi kami sebagai pemimpin serta menyedarkan kami akan kepentingan untuk bertindak dalam melakukan perubahan secara setempat dan juga global.


Bersama Tengku Naufal Tengku Mansor

Bersama Yuen, selebriti 3R -graduan sains kimia yang kemudiannya menjengah dunia penerbitan dan akhirnya berpeluang melibatkan diri dalam dunia korporat (seorang yang sangat bersemangat dan positive-thinking!)


MAHASISWA MAMPU MERUBAH!


Akan Bersambung....


0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music