Pages

Saturday, August 28, 2010

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan KTSN


“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)



“ Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (antara haq dan batil).”
(surah Al-Baqarah: 185)


Bersempena dengan Nuzul Qur'an dan detik-detik 10 akhir Ramadhan, Majlis Penutup Ihya' Ramadhan akan diadakan di

  • Surau D,KTSN
  • 28 Ogos 2010 (Sabtu)
  • 9.30 malam

Antara pengisiannya adalah Majlis Khatam Al-Qur'an, tayangan multimedia dan persembahan nasyid. Bersama-samalah kita mengimarahkan majlis ini, bukan sahaja dengan membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an,malah bertadabbur dan menghayati isi kandungannya. Jangan sia-siakan detik-detik akhir Ramadhan ini,semoga kita termasuk di kalangan orang yang selayaknya menikmati kemenangan Ramadhan,insya-Allah.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam qadar dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. pada malam itu, turun para malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."
(surah Al-Qadr :1-5)

Jom mengejar dan mencari malam lailatul-Qadr! Semoga niat kita tulus untuk mendamba dan mengejar redhaNya:)

Tunaikanlah hak Ramadhan,tunaikanlah hakNya yang perlu kita penuhi

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music