BIL | ISU | TINDAKAN |
1 | Kerusi rosak di tempat duduk di sebelah U-Mart | Kerusi yang tertanggal telah dilekatkan kembali dan ada juga yang telah ditanggalkan terus bagi mengelakkan sebarang kecelakaan kepada pelajar |
2 | Mesin ATM di Kampus KL | Proses pengubahsuaian di TIBE sedang dilakukan yang mana akan menempatkan kaunter Jabatan Bendahari dan ATM CIMB akan dibina dalam masa terdekat, dalam semester ini juga. Pembinaan bank ATM BIMB dijangka berjalan pada sesi depan. Mohon kerjasama rakan-rakan mahasiswa untuk memahami bahawa proses mewujudkan bank ATM bukanlah mudah, ia perlu melalui pelbagai proses yang agak memakan masa. Kini,perjalanan perancangan pembinaan bank ATM CIMB sedang dalam fasa terakhir, nantikan!! |
3 | Isu Pengurusan Kafeteria Fakulti | Pihak pengurusan fakulti telah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Kafeteria:telah membuat lawatan mengejut dan memberi amaran keras terhadap pihak kafeteria untuk melakukan penambahbaikan. Kini,harga dan kepelbagaian lauk ditambah baik dan telah diwujudkan gerai tambahan bagi mempelbagaikan pilihan pelajar Terkini : Tender baru di Jabatan Bendahari telah dibuka pada mana-mana pengusaha yang berminat. |
4 | Isu kecurian di tempat menyimpan beg perpustakaan | Pemasangan CCTV telah dilakukan di bilik menyimpan beg perpustakaan |
5 | Isu pengangkutan ke Bangunan Yayasan Selangor. | Jadual bas telah dipinda yang mana pemandu bas perlu melalui Bangunan Yayasan Selangor dan pemandu shuttle turut diminta untuk membantu perjalanan pelajar.Kualiti perkhidmatan bas secara keseluruhan dipertingkatkan Laporan masalah-masalah pengangkutan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kuala Lumpur telah diserahkan kepada pihak pengurusan kampus untuk perhatian |
6 | Isu staf lelaki masuk ke blok mahasiswi sesuka hati. | Aduan dan cadangan penambahbaikan sistem telah diajukan kepada pihak pengetua. Respons oleh pihak pentadbiran telah diperolehi dan perubahan telah dilakukan yang mana pekerja-pekera lelaki hanya boleh memasuki blok mahasiswi pada masa-masa tertentu sahaja. |
7 | Cadangan pembinaan susur gajah untuk mahasiswi ke surau D | Cadangan telah diajukan ke pihak pengetua, menerima respons positif |
8 | Mengurus borang-borang kebajikan mahasiswa. | Tindakan yang telah dibuat : Menguruskan kes-kes seperti pelajar yang mengalami kemalangan dan kecederaan, kemasukan ke hospital |
9 | Isu JPA dan PTPTN | Mengambil langkah menyalurkan informasi terkini kepada pelajar dan memberi alternatif lain untuk pelajar dalam jangka masa pendek |
10 | Isu Hama di KTSN 5 | Aduan sudah diajukan ke pengetua dan diambil perhatian serius. Pelajar yang masih mengalami masalah ini diminta untuk melaporkan terus ke pihak pengurusan kolej dan menyatakan sekali nombor bilik anda agar tindakan dapat diambil untuk mengatasi masalah tersebut. |
11 | Isu Subjek HX | Borang soal selidik berkenaan respons pelajar dan kajian mengenai hal ini telah dilakukan (kesesuaian jam kredit pelajar, jadaul kuliah, lain-lain) dan telah diserahkan sendiri kepada Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar di UKM,Bangi. Atas suara bersama MPP dan mahasiswa, akhirnya pihak pentadbiran memutuskan subjek HX dimansuhkan dan digantikan dengan subjek baru,HC yang lebih baik perlaksanaannya |
12 | Kes keracunan makanan pelajar-pelajar bioperubatan di kafetaria PPUKM | Kes yang berlaku pada 31 Disember 2010 ini telah diajukan terus kepada Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim, Pengarah Pusat perubatan UKM merangkap Dekan Fakulti Perubatan. Siasatan berhubung hal ini telah dijalankan dan mendapat perhatian serius oleh pihak pentadbiran PPUKM. |
Nur Ili Mohamad Tarmizi
Mantan Majlis Perwakilan Pelajar
Wakil Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) Sesi 2009/2010
Universiti Kebangsaan Malaysia
0 comments:
Post a Comment