Pages

Friday, February 4, 2011

Semoga mereka selamat..


Gejolak yang berlaku di Mesir mengundang kerisauan yang amat sangat kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga dan sahabat handai di sana. Rusuhan yang bercambah dari rusuhan di Yaman dan Tunisia itu mensasarkan turunnya Presiden Hosni Mubarak yang telah memegang tampuk pemerintahan Mesir selama hampir 30 tahun yang dikatakan pemerintahan diktator dan korup.

Rusuhan besar-besaran yang bermula sejak 28 Januari 2011 mencetuskan pelbagai tragedi dan rentetan kisah yang mengakibatkan rakyat Mesir termasuklah warganegara Malaysia di sana dibelenggu keresahan akibat masalah kewangan dan sosial. Operasi Evakuasi yang telah bermula sejak 2 Februari 2011 lepas diharapkan berjalan lancar tanpa sebarang halangan besar.


Kalam suci Ilahi menyatakan:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Al-A'raf : 179)

Sama-sama kita doakan keamanan dan kesejahteraan saudara-saudara kita di sana dan amalkan membaca Qunut Nazilah. Ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku kepada Mesir, Yaman dan Tunisia ini. Terlalu banyak yang perlu diambil pengajaran dan iktibar, sesungguhnya kita dikurniakan akal dan deria untuk berfikir, maka manfaatkanlah!


http://www.cikgudahlia.com/2011/02/rusuhan-di-mesir-pelan-tindakan.html
http://kuatmerayau.blogspot.com/2011/02/iktibar-dari-krisis-mesir.html
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com .

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music