Pages

Sunday, March 27, 2011

Senyum Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia:)

Alhamdulillah,puji,puja dan syukur kepada Ilahi kerana Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia(KOMSIS) telah berjalan dengan jayanya pada 19-20 Mac 2011 yang lepas:) Terlangsai juga impian dan perungkaian manifesto semasa baru terpilih menjadi MPP setahun yang lepas, dirasakan baru sahaja semalam impian itu disemai:)Maaf kerana laporan yang lambat dipublish dalam ruangan ini kerana kekangan tesis dan perlu bergelut dengan persiapan poster scientific research bagi 26th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference pada 24-25 Mac 2011 sejurus selepas pulang dari konvensyen. Pertama-tama sekali, setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada organisasi KOMSIS (MT,Exco,AJK) kerana telah bertungkus-lumus dan mengorbankan masa, ketika dan 'harta' bagi menjayakan program ini. Ketika saya merencanakan konvensyen ini di minda, dirasakan mustahil untuk konvensyen ini dijalankan kerana belum pernah program seumpama ini dijalankan untuk mahasiswa/i fakulti sains kesihatan seluruh Malaysia. Namun,apabila duduk berbincang bersama adik-adik yang turut sama mencatur KOMSIS ini, sehinggalah ia dijalankan dan berakhir, kemustahilan dan kesakitan itu dirasakan sangat-sangat manis:)
Disertai oleh hampir 220 orang mahasiswa/i dari 7 buah universiti UKM, UIA, USM, UiTM, UniSZA, UPM, UniKL, objektif yang dirangka bagi konvensyen ini dilihat tercapai terutamanya bagi menyatukan mahasiswa fakulti sains kesihatan hampir seluruh Malaysia. Berikut merupakan sekilas suasana di KOMSIS 2011:












Pendaftaran di hari pertama:)


Ceramah Isu Kesihatan Semasa oleh Dr. Hida:)
















Forum : Ke Mana Hala Tuju Kita? dikendalikan oleh sahabat-sahabat MPP dan HEALS (Health Sciences Student Society) UIA;ahli panel yang merupakan Dekan Allied Health Science Faculty UIA, wakil Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia dan wakil dari Sunway Medical Center;penyampaian cenderamata oleh Dr Azlina,UIA:)

















Interaksi Mahasiswa di bawah kelolaan sahabat-sahabat USM:)




































Riadah:Aktiviti mewarnakan kain rentang 100 meter dengan template 'Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia' nyata merupakan aktiviti kegemaran peserta KOMSIS















Forum Interaksi Mahasiswa:Uniknya Mahasiswa Sains Kesihatan, perkongsian ilmu dan pengalaman menarik dari wakil mahasiswa dari UKM,USM,UIA,UniKL,UniSZA,UiTM,UPM:) Penyampaian cenderamata oleh MPP Ezuan dan MPP Harith :)



Slot Motivasi: Nilai Sebuah Budi oleh En. Amin Idris, motivator yang semakin mencipta nama di Malaysia..penyampaian beliau nyata menggamit hati kami:) En Amin dan MPP Abdullah semasa sesi penyampaian cenderamata:)




Forum:Sains Kesihatan dan Perubatan.Adakah Kita Seiring? Tajuk yang kontroversi dengan perbincangan yang hangat dan memberi pencerahan kepada mahasiswa/i:)



Majlis penutup oleh Pn. Tan Yoke Hwa, Pengarah Bahagian Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia:) gimik dengan replika picagari dan jantung,pembacaan resolusi oleh Presiden HEALS UIA dan penyampaian resolusi dari pengarah KOMSIS,saudara Faisal kepada Pn. Tan Yoke Hwa:)




















Antara bahan yang dipamerkan oleh fakulti sains kesihatan universiti-universiti di bahagian Pameran:)




Semua berbangga menayangkan hasil kreatif masing-masing, kain rentang terpanjang dalam sejarah mahasiswa/i Fakulti sains Kesihatan?


Delegasi UIA


Delegasi USM dan Timbalan Dekan Fakulti Sains Kesihatan USM


Delegasi UPM











Delegasi UniKL


Delegasi UiTM

Delegasi UniSZa

Delegasi UKM dan Organisasi:):)

Mohon maaf atas segala kekurangan dan salah-silap sepanjang program ini berlangsung, lebih-lebih lagi kerana ini merupakan program kesatuan pertama untuk mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan di Malaysia. Alhamdulillah, jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat ORGANISASI KOMSIS yang telah melakukan yang pengorbanan besar dalam memastikan program ini berjalan lancar. Kalian merupakan pencetus kepada kesatuan mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan:) Penghargaan juga kepada Dr. Asmah yang menjadi penasihat yang sangat supportive kepada usaha kami..Penghargaan kepada delegasi UIA,HEALS (Health Sciences Student Society of IIUM) dan USM yang bertungkus-lumus bersama-sama kami, terutamanya kepada mantan MPP Hakim (UIA) dan Hamizah (USM), tanpa perbincangan dengan kalian, agak mustahil untuk konvensyen ini dijalankan:) Tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat ISIUKM yang juga turut kebetulan berada berhampiran dan menghulurkan pertolongan ketika kami memerlukan. Penghargaan dan terima kasih jua buat semua peserta KOMSIS (UIA,USM,Unisza(special thanks to Rai:)),UniKL,UPM,UiTM) dan jemputan-jemputan yang hadir,terima kasih jua buat sokongan sahabat-sahabat,tanpa keterlibatan dan doa kalian,apa lah ertinya program ini dijalankan.

Perlaksanaan untuk merealisasikan resolusi mewujudkan Persatuan Sains Kesihatan Bersekutu peringkat nasional masih dalam perbincangan.Semoga di masa akan datang, program susulan dapat diadakan bagi memastikan kelangsungan kesatuan mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan seluruh Malaysia (tidak terkecuali Sabah dan Sarawak:)

Bersatu Menerajui Profession Sains Kesihatan

p/s:Mohon maaf atas segala gambar yang dimasukkan dalam blog ni tanpa kebenaran empunya badan dan pemilik gambar tu sendiri,mohon dihalalkan:)

Sunday, March 13, 2011

Jom Sertai Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia!!


p/s:Sila abaikan tarikh akhir di atas dan bilangan pelajar yang terhad. penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa/i i UKM dan masih boleh mendaftar sehingga Khamis (17 Mac 2011).

Sekilas ‘Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia’

Wakil Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama-sama dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (PMFSKB) mengambil inisiatif untuk menganjurkan “Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia” ini, dengan harapan dapat menjadi medan perkongsian ilmu pengetahuan dan perbincangan sesama mahasiswa sains kesihatan seluruh Malaysia. Kami di pihak penganjur berharap mahasiswa/i dapat bekerjasama sebagai satu entiti kebangsaan dan seterusnya menjadi medium untuk meningkatkan kualiti semua mahasiswa sains kesihatan, dan memacu mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam rangkaian global. Di samping itu, program ini juga merupakan program yang julung kali diadakan sebagai usahasama pelajar-pelajar Fakulti Sains Kesihatan daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Maka menerusi penganjuran program ini, budaya profesionalisme, keterampilan berkomunikasi dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar dapat diterapkan.

Berikut merupakan perincian program :

Tarikh : 19 & 20 Mac 2011 (Sabtu & Ahad)

Tempat : Kompleks Tun Abdullah Salleh (KTAMS), UKM Bangi

Anjuran : Wakil Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,Majlis Perwakilan Pelajar dan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

dengan kerjasama

Persatuan Mahasiswa UIA dan USM

Bayaran : RM 50 (termasuk makanan,penginapan,T-shirt dan keperluan lain),pengangkutan disediakan

Sasaran penyertaan : Mahasiswa/i Sains Kesihatan seluruh Malaysia, warga fakulti-fakulti lain juga dijemput menyertai konvensyen ini!


ATURCARA PROGRAM

KONVENSYEN MAHASISWA SAINS KESIHATAN SE-MALAYSIA

Sabtu(19/3/2011)

8.30 am : Ceramah -

Tajuk : “Isu Kesihatan Semasa”

Oleh :Y. Bhg. Prof Madya Dr. Hidayatulfathi bt Othman,

Ketua Jaringan Perhubungan Antarabangsa,FSKB

9.45 am : Rehat dan kudapan

10.00 am: Tajuk : “Ke Mana Hala Tuju Kita?”

Panelis : 1. Y. Bhg. Ms. Teng Yu Yuet.Director,

Health Department, Sunway Medical Centre.

2. Y. Bhg. En. Amran. Timbalan Pengarah

Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Nik Mazlan Mama.

Kementerian Pengajian Tinggi.

12.00 pm :Makan Tengah Hari dan solat Zuhur

2.00 pm :Interaksi Mahasiswa

4.00 pm :Rehat dan solat Asar

5.00 pm :Riadah

7.00 pm :Makan Malam dan persiapan diri

9.00 pm :Forum -

Tajuk : “Uniknya Mahasiswa Sains Kesihatan“

Panelis : perwakilan mahasiswa UKM UIA USM

10.30 pm :Supper“ dan tidur

Ahad(20/3/2011)

8.00 am :Sarapan pagi

8.30 am :Slot motivasi-

Tajuk : “Nilai Sebuah Budi”

Oleh :Encik Amin Idris

Perunding Latihan dan Motivasi

Penulis buku

Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

9.45 am :Rehat dan kudapan

10.00 am :1. FORUM SAINS KESIHATAN

Tajuk : “Sains kesihatan dan Perubatan: Adakah kita seiring?”

Moderator:

PM Dr Kaswandi Mat Ambia,

Pensyarah Jabatan Bioperubatan UKM

Panelis :

i. Y. Bhg. Puan Tan Yoke Hwa, Pengarah Bahagian kesihatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia

ii. Y. Bhg. Prof. Madya Dr Siti Balkis Budin,

Doktor perubatan dan Pensyarah,UKM

2.MAJLIS PENUTUP

Oleh :

Wakil Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia

12.00 pm :Makan Tengah Hari

Bersurai

Penyertaan masih dibuka kepada semua! Semoga pelaksanaan konvensyen ini dapat membawa manfaat kepada semua dan menjadi platform akan datang untuk meningkatkan kualiti graduan-graduan Sains Kesihatan!

Mahasiswa Pencetus Kegemilangan!


Saturday, March 12, 2011

Akan datang:Konvensyen Mahasiswa Kesihatan Se-Malaysia


Alhamdulillah, hasrat yang dicanang di minda sejak sekian lama akhirnya akan direalisasikan. Nantikan!

Konvensyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia,
19-20 Mac 2011 (Sabtu-Ahad).Kompleks Tun Abdullah Salleh,
UKM Bangi

Anjuran
PMUKM Wakil FSKB Sesi 2009/2010 dan PMFSKB Sesi 2009/2010

Dengan Kerjasama
Persatuan Mahasiswa USM dan UIA

Berminat?
Bayaran RM 50,penginapan dan pengangkutan disediakan, hubungi Rahmah :0197482830

Butiran lanjut akan di'up-load' kemudian:)



Taklimat JPA dan pelajar tahun akhir?


Assalamua'laikum w.b.t

Bertemu sekali lagi untuk menyempurnakan tugas yang belum selesai:) Saya andaikan semua masih ingat tentang post/pengumuman saya yang terdahulu tentang kedatangan pihak JPA ke kampus KL pada semester 2 untuk memberi taklimat khas buat pelajar-pelajar di sini.Untuk pengetahuan anda setelah banyak kali melakukan follow-up, wakil JPA yang berjanji untuk menguruskan hal tersebut mempunyai hal lain dan tiada di pejabat dalam masa beberapa bulan,maka saya terpaksa berhubung dengan pihak lain di sana untuk menguruskan hal tersebut sekali lagi. Atas perbincangan ringkas dengan wakil yang lain, beliau menyatakan bahawa jadual pihak JPA agak padat kerana perlu melakukan tour ke universiti-universiti lain untuk memberi taklimat kepada pelajar tahun akhir di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau akan berusaha untuk mendapatkan tarikh untuk pelajar-pelajar UKM kampus KL pada awal bulan April nanti (4-23 April) kerana hanya tarikh itu yang kosong.Sebelum menghantar surat permohonan ke pihak JPA, saya mengharapkan kerjasama mahasiswa/i tahun akhir sekalian untuk memberikan tarikh-tarikh yang sesuai agar tidak bertembung dengan program/peperiksaan/posting/presentation kursus anda supaya satu tarikh yang sewajarnya dapat diputuskan secepat mungkin. Boleh maklumkan pada saya di nurilimt@gmail.com atau terus ke nombor saya:) Mohon kerjasama tertinggi.Sebar-sebarkan.TQ:)

* Taklimat JPA di Bangi 23 Mac 2011: Taklimat tersebut diadakan kerana terdapat pembaharuan yang perlu dimaklumkan kepada pemegang-pemegang biasiswa JPA. Barangsiapa yang berkesempatan,dialu-alukan untuk menghadiri taklimat tersebut bagi mendapatkan info awal buat mahasiswa/i di kampus KL:)
 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music