Pages

Monday, September 27, 2010

Perutusan Pertengahan Semester

Segala puji,puja dan syukur kepada Ilahi kerana hingga ke hari ini kita masih lagi dapat menghirup dan menghembus nikmatnya udara di sekeliling, masih lagi bernyawa untuk meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah dan penggerak kemajuan di muka bumiNya ini.

Salam Eid Mubarak dan selamat pulang dari cuti pertengahan semester kepada semua mahasiswa/i Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Cuti perayaan pastinya diserikan dengan kemeriahan ziarah menziarahi dan kegirangan bertemu dengan sanak-saudara dan sahabat handai. Musim perayaan ini merupakan suatu suasana yang sangat mahal dan perlu dihargai kerana kedatangannya yang hanya sekali setahun.

Selaku mahasiswa berintelek, bulan kemenangan Syawal ini perlu disambut dengan kesyukuran dan penuh adab di samping mempamerkan sifat dan sikap mahasiswa itu sendiri. Gelaran mahasiswa sudah cukup untuk menunjukkan pembawaan kita kepada masyarakat. Mahasiswa yang peka dengan tanggungjawab kepada Ilahi dan komuniti akan memandang sambutan penuh rahmat ini sebagai suatu titik pelonjak bagi menganjakkan keadaan masyarakat yang sedia ada kepada kedudukan institusi masyarakat yang lebih stabil intelek dan spiritual, bukan dengan turut sama menjadi ‘penyambut raya lupa diri’. Mengapa terma ‘penyambut raya lupa diri’ digunakan? Ia adalah kerana rata-rata kelompok masyarakat menganggap sambutan Aidilfitri ini sebagai satu kebebasan dan kemenangan untuk menyambung keseronokan dan perlakuan dosa yang ditangguh-tangguh sebelum kedatangan Ramadhan.

Maka, kita seharusnya mengubah perspektif hedonisme dan sifat-gemarkan-hiburan-melampau yang semakin mengangganggu gugat masyarakat terutamanya remaja masa kini. Serlahkan karisma kita sebagai mahasiswa yang mampu memandu minda masyarakat ke arah pembaharuan positif! Galakkan pengeratan hubungan silaturrahim, sifat tolong-menolong, banteras keterlanjuran dan kelampauan sosial yang menjadi jarum dalam masyarakat. Benih dan semaikan penghayatan sebenar akan Syawal ini yang mana ia merupakan sambutan yang memberikan manfaat kepada orang ramai serta manjadi ibadah

Semoga sambutan kemenangan setelah mengharungi tarbiyah Ramadhan tidak menjadikan kita alpa dan lalai akan tanggungjawab yang masih dipikul. Sambutan Aidilfitri ini seharusnya dijadikan pemangkin dalam meningkatkan keazaman,iltizam dan kesungguhan untuk melonjakkan prestasi akademik dan ko-kurikulum pada sesi kali ini dan seterusnya serta dijadikan medan praktikal untuk menjalankan tanggungjawab sosial kepada komuniti. Diingatkan bahawa peperiksaan akhir bakal menjengah dalam masa tidak kurang 5 minggu sahaja lagi, maka janganlah suasana raya menenggelamkan pandangan misi kita untuk melakukan persediaan cemerlang untuk menghadapi peperiksaan. Ayuh lakukan perubahan! Salam Eid Mubarak dan tidak dilupakan, Selamat Menyambut Pesta Kuih Bulan !

Mahasiswa Menjana Transformasi Perubahan Komuniti

Monday, September 6, 2010

Pengumuman Segera:Pengesahan Masuk Peperiksaan








Perhatian kepada semua mahasiswa/i:
Pengesahan Masuk Peperiksaan mulai:
6 - 12 September 2010.
Sila lakukan pengesahan segera sebelum anda pulang ke kampung halaman masing-masing di :

http://smp.ukm.my/smpweb/



Berhati-hati dalam perjalanan pulang, semoga kembali ke kampus dalam keadaan kesihatan fizikal,mida dan rohani yang terbaik:)


Friday, September 3, 2010

Aku,Ramadhan,Syawal dan ..... Kampung??

Aku: ....Bahang peperiksaan pertengahan semester baru sahaja berakhir. Semua mahasiswa/i pastinya menghela nafas kelegaan tak kurang juga kerisauan menanti keputusan peperiksaan yang akan keluar nanti:)

Ramadhan:Kita juga perlu menghela lagi satu nafas 'kerisauan'..Kerisauan kerana pemburuan malam lailatul Qadr bakal berakhir,pemburuan mengejar sisa-sia akhir Ramadhan yang penuh barakah akan tamat dalam masa beberapa hari sahaja lagi..sesungguhnya kita merupakan orang-orang yang sangat rugi sekiranya peluang yang datang sekali sahaja setahun ini tak dimanfaatkan sebaiknya,dapatkah kita bertemu Ramadhan yang seterusnya??...kami pasti merinduimu ya Ramadhan..

Syawal: Kunjungannya dinantikan,sinonimnya syawal dengan bulan kemenangan umat Islam,sinonimnya juga dengan eid-almubarak,hari raya aidilfitri dan sebagainya. Betulkah kita benar-benar memahami penghayatan yang tersirat di sebalik sambutan kedatangan Syawal? Janganlah kemeriahan kedatangan hari raya menenggelamkan kesungguhan kita mempertingkatkan amal ibadah. Jangan juga kedatangan Syawal membuatkan kita lalai dan meninggalkan segala akhlak dan amalan yang kita perbaharui dalam bulan Ramadhan..semoga kami layak menikmati kemenangan Ramadhan dalam kedatanganmu ya Syawal...


Kampung: Tak perlu perlu dihuraikan lagi..habisnya exam, hampir berakhirnya Ramadhan,menjelangnya Syawal tidak lama lagi,ke mana lagi arah tuju kita?Tidak kiralah ke mana kita pulang nanti:kampung,bandar,pekan,pinggir bandar,pulau,KL,dan lain-lain;istilah itu cukup manis digunakan:'kampung' :)
Sama-sama manfaatkan Ramadhan ini+selamat menyambut kedatangan Syawal+hati-hati pulang ke kampung:) ke mana-mana sahaja kita pergi pada bila-bila masa,ingatlah bahawa kita hamba yang sentiasa perlu menjalankan hak kita ke atasNya,salam Ramadhan dan salam Syawal:)





 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music