Pages

Saturday, October 23, 2010

Peperiksaan Akhir datang lagi!!


Salam peperiksaan akhir. Betulkan niat, kentalkan semangat dan jangan berputus-asa. Teruskan usaha mengejar kejayaan.
Semoga berjaya!:)




Melahirkan Mahasiswa Bervisi dan Berinisiatif!

Monday, October 18, 2010

Perhatian kepada pemegang Biasiswa JPA Tahun Akhir


Merujuk kepada Pengumuman Unit Kebajikan Pelajar tentang taklimat JPA untuk Pelajar tahun Akhir (di UKM Bangi pada 20 Oktober 2010,8 pagi bertempat di Dectar).. (rujuk : http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/102010/bul_071010-15.pdf )

Saya telah menghubungi pihak JPA untuk mendapatkan perhatian mereka tentang pelajar-pelajar kampus KL yang kebanyakannya perlu menghadiri kelas dan mempunyai kesulitan untuk ke UKM bangi pada tarikh tersebut. Wakil pihak JPA, Pn Norzihan bersetuju untuk mengadakan satu taklimat JPA untuk pelajar tahun akhir di UKM Kampus KL, tapi bukan dalam masa terdekat. Insya-Allah dalam semester II, taklimat tu akan dijalankan :)

Jadi,sama-sama kita doakan semoga urusan tersebut dipermudahkan dan pemegang-pemegang biasiswa JPA tahun akhir di kampus KL dapat mendengar taklimat yang sama dari pihak JPA:taklimat tersebut sangat penting kerana pemegang biasiswa mempunyai tanggungjawab dalam pematuhan Kontrak Biasiswa Persekutuan JPA selepas menamatkan pengajian kelak. Sekian.

Tolong sebarkan pada yang lain..

p/s :

-kalau ada yang nak pergi juga taklimat di Bangi,dipersilakan:)

-pelajar Forensik/4, sila abaikan pengumuman ini kerana melalui makluman Prof Madya Khairul Osman,jabatan anda dah pun menempah bas untuk ke UKM Bangi pada pagi 20 Oktober 2010

Mahasiswa Memacu Keunggulan

Perubahan Waktu Peperiksaan Akhir Sempena Deepavali

Pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju cuti tambahan sempena hari Deepavali dilanjutkan seperti berikut:-

Tarikh baru : 3 – 8 November 2010


Semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan pada 3 dan 8 November 2010 diminta mengambil Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan(KMJP) yang baru di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai 19 Oktober 2010. Bagi pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, anda boleh mengambil KMJP anda di Bahagian Akademik (BAKA). Selamat Maju Jaya untuk Peperiksaan Akhir:)

Sunday, October 17, 2010

Gempur Minda Untuk Kecemerlangan


Assalamua'laikum w.b.t

Program yang sangat bermanfaat dan sangat menarik anjuran PMFSKB. Penceramah:En. Amin Idris merupakan seorang motivator yang sedang nama beliau meningkat naik di Malaysia. Kemunculannya di RTM 1 dan TV9 menggambarkan kredibiliti beliau sebagai motivator yang berjaya memberi impak kepada pendengarnya. Satu kerugian jika tidak dapat menghadiri program ilmiah dengan penceramah jemputan yang hebat ini! Dibawakan khas oleh PMFSKB bagi menyemarakkan persediaan anda dalam menghadapi peperiksaan akhir.Tahniah PMFSKB!


p/s: pakaian sopan, bawa pen dan catatan, dibawakan khas untuk anda oleh www.aminidris.com


http://pmfskb.blogspot.com/

Mahasiswa Menjana Kecemerlangan


Tuesday, October 12, 2010

PERHATIAN SEGERA!~PELAJAR TAHUN 4,PENGAMBILAN KAD MASUK DAN JADUAL PEPERIKSAAN DAN PENGESAHAN KOLEJ


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

--Perhatian buat pelajar tahun 4 :


Sijil Latihan Akademik:
Bagi mereka yang masih belum mengambil maklum, Sila ambil Sijil Latihan Amali Industri di Bahagian Kaunter Akademik(BAKA)

*Sila tandatangan sebelum mengambil sijil pada senarai yang disediakan


Perisian EndNote:
Anda boleh mendapatkan perisian Endnote dengan berjumpa En. Fadzaruddin di Makmal Digital PDAL (Perpustakaan Dr. Abdul Latif)


--Pengedaran Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual Waktu Peperiksaan

Bagi yang masih belum mengambil kad masuk peperiksaan dan jadual waktu peperiksaan, sila berbuat demikian di Bahagian Kaunter Akademik(BAKA). Diingatkan, pelajar yang gagal menunjukkan kad KMJP tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.Sekiranya kad KMJP anda hilang, anda boleh mendapatkan salinan di kaunterBahagian Pengurusan Akademik (BAKA).
Sumber : http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/102010/bul_011010-3_1.pdf

--Pengesahan Penginapan Kolej Kediaman Semester II 2010/2011 :

Sila lakukan pengesahan mulai 11-26 Oktober 2010 melalui http:www.ukm.my/upp untuk mengelakkan anda didenda sebanyak RM 25 sekiranya terlewat membuat pengesahan

Permohonan penginapan luar semester (Semester 5) adalah secara online mulai 11-26 oktober 2010 di http:www.ukm.my/upp

Maklumat lanjut,sila rujuk :http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/102010/bul_081010-19.pdf


Melahirkan Mahasiswa Peka dan Cakna


Sekilas edaran kuih raya

11 Oktober 2010/29 Syawal 1431-Edaran kuih raya di penghujung Syawal telah dilakukan MPP FSKB bersama MPP Farmasi dan MPP perubatan bertempat di TIBE,kafe,tempat menunggu bas,termasuk di dalam bas:) Semoga ikatan ukhwah terus tertaut:)


Ceria

MPP Nasiha sentiasa dengan senyuman
MPP Mariah di kafe
Anda Keutamaan Kami!

Saturday, October 9, 2010

Kemudahan Wi-Fi Kampus KL


PERHATIAN

Bagi mahasiswa/i Kampus Kuala Lumpur yang masih belum mendaftarkan komputer riba anda di Pusat Teknologi Maklumat (PTM) Kampus KL bagi sesi ini, sila berbuat demikian agar anda dapat menikmati kemudahan Wi-Fi kampus melalui komputer riba anda.Terima Kasih

‘Mahasiswa Memacu Keunggulan Perubahan’

Monday, October 4, 2010

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL)


PERHATIAN BUAT MAHASISWA UKM KL!
Adalah dimaklumkan bahawa pihak perpustakaan akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 5 Oktober 2010 bermula pada 9.00 pagi – 4.30 petang. Ini termasuklah Perpustakaan Tun Sri Lanang, Perpustakaan Pusat Perubatan UKM dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kampus KL). Hari Bersama Pelanggan ini merupakan salah satu usaha sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu 2010 dalam mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan.

Antara tarikan program adalah:

  • Kuiz (9 pagi-3 petang)
  • Potongan 50% bagi denda lewat pulang buku
  • Pameran
  • Hadiah menarik menanti anda!!



Anda berpeluang untuk mendapatkan penjelasan mengenai:

ü Permintaan dan pemilihan buku bahan Perpustakaan.

ü Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan.

ü Kursus Kemahiran Maklumat.

ü Bimbingan dan khidmat nasihat pelanggan.

ü Katalog Perpustakaan GEMILANG.

ü Portal e-Jurnal.

ü Pangkalan Data Dalam Talian.

ü Koleksi Digital UKM.

ü Koleksi seperti Media, Jurnal, Dokumen dan lain-lain.

ü Perkhidmatan di Perpustakaan Cabang.

ü Sistem e-repositori penerbitan (eRep).

ü kemudahan lain untuk pelanggan.

Bersama-sama kita meriahkan Hari Bersama Pelanggan
Perpustakaan Dr. Abdul Latiff!




 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music