Pages

Monday, January 31, 2011

Selamat Tahun Baru Cina!!!


Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina:)
Jom manfaatkan cuti dan masa yang sedia ada!

Monday, January 24, 2011

Sejenak bersama Dekan FSKB

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Anda semua pasti menantikan hasil mesyuarat yang berlangsung 2 minggu lepas antara Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Majlis Perwakilan Pelajar FSKB bersama Dekan FSKB, Prof. Dr. Salmaan Hussain Inayat Hussain yang turut disertai oleh Timbalan Dekan Akademik, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazlim Hj. Yusoff dan beberapa pegawai bahagian akademik yang lain.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai masalah limitasi pendaftaran kursus kerana PNGK bawah 2.67,masalah yuran dan beberapa masalah yang lain. Setelah penjelasan demi penjelasan disampaikan oleh Prof. Salmaan,Dr. Nazlim dan pegawai-pegawai yang lain,pihak kami (PMFSKB dan MPP FSKB) merasakan keadaan akademik mahasiswa FSKB berada di tahap kritikal sekiranya mahasiswa sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk berubah.

Jika dilihat,mahasiswa kini amat memanjakan diri dan berada dalam 'comfort zone' , sentiasa berasa selesa dan keinginan untuk memajukan potensi diri amat rendah. Maka, satu stimulus penggerak perlu diwujudkan untuk membangunkan kembali mahasiswa-mahasiswa terutamanya mahasiswa FSKB.

Antara isi daripada kata-kata Prof Salmaan yang dipetik daripada mesyuarat tersebut adalah 'We are dealing with human,not any equipments or tools'!...Kita merupakan bakal graduan yang akan berkhidmat dalam bidang kesihatan yang sangat penting untuk kemaslahatan umat manusia. Mana mungkin kita menerima mahasiswa yang sambil-lewa,belajar hanya untuk bergraduasi dan diterima bekerja namun ilmu di dada tidak sepadan dengan ilmu dan praktikal yang sepatutnya dimiliki oleh graduan Sains Kesihatan UKM!

Setelah mesyuarat tersebut berakhir, pihak PMFSKB berasa amat terpanggil untuk mengadakan satu sesi mahasiswa bersama Prof Salmaan, Dekan FSKB bagi membangkitkan semangat dan kesedaran untuk menganjakkan paradigma diri ke arah graduan yang dibanggakan UKM dan juga negara.
'Sejenak Bersama Dekan FSKB'.Program ini akan berlangsung pada 25 januari 1011 (Selasa) pada 7.45 malam di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir.Antara tentatif program adalah sesi motivasi dan interaksi bersama dekan dan pembentangan hasil mesyuarat yang lepas oleh PMFSKB. Pastikan anda semua tidak melepaskan peluang ini! Bukan senang untuk berjumpa dan berinteraksi bersama Dekan kita, semoga kita semua mendapat sentuhan suntikan semangat yang membara daripada Dekan tercinta. Sebarkan pada sahabat-sahabat lain=)

Mahasiswa Mampu Melakukan Perubahan!

Saturday, January 8, 2011

Isu Hama di KTSN 5

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga ke hari ini kita masih diberi peluang untuk bernafas, meningkatkan amal ibadah dan hidup dalam persekitaran yang serba mencukupi.

Terima kasih buat seorang pengunjung blog yang mengutarakan masalah hama di KTSN 5.

Melalui perbincangan dengan bonda pengetua, beliau memaklumkan bahawa tilam dan karpet di KTSN 5 merupakan milik pemilik bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, sebelum ini pihak kolej telah pun mengambil langkah berbincang dengan pemilik bangunan dan telah menukar tilam di bilik-bilik yang melaporkan masalah hama. Malah, beberapa karpet juga telah ditukar kepada getah bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengetua berpesan bahawa sekiranya terdapat lagi penghuni KTSN 5 yang mengalami masalah hama, sila ajukan aduan kepada pihak kolej berhubung masalah tersebut beserta nombor bilik anda agar masalah tersebut dapat diatasi dengan segera. Anda juga boleh terus berhubung dengan pihak saya berhubung masalah berkenaan, jangan lupa berikan sekali nombor bilik anda:) Sekian.

Wednesday, January 5, 2011

Penjelasan awal Subjek HHHC 9118

Seperti semua telah sedia maklum, pada 4 Januari 2010, Selasa lepas, satu taklimat subjek ko-kurikulum baru, HHHC9118 telah diadakan di Bilik Senat, Bangunan Canselori yang dihadiri oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan JAKSA Kolej Kediaman. Taklimat ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi penerangan awal kepada pemimpin pelajar tentang subjek baru ini malah bertujuan untuk berkongsi pendapat dari sudut pandang pelajar tentang perlaksanaan subjek ko-k ini sebelum ia dijalankan. Dato' Hassan Basri menjelaskan bahawa pihak Senat telah meluluskan perlaksanaan HHHC 9118 ini secara konseptual, maka perlaksanaannya memerlukan perubahan sedikit demi sedikit bergantung kepada respons pelajar dan warga UKM dalam usaha mewujudkan kaedah perlaksanaan yang terbaik kepada para pelajar.

Di dalam taklimat tersebut disebut pada tanggal 2 Disember 2010 juga secara rasmi berlaku penstrukturan semula oleh Lembaga Pengarah UKM (LPU) yang memindahkan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) di bawah TNC Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, dan mewujudkan sistem pengiktirafan aktiviti mahasiswa di bawah PPP.

Subjek ko-kurikulum ini tiada kuliah dan tiada peperiksaan namun penilaian akan turut berlaku melalui program-program yang dijalankan. Pangkalan data atas talian bagi penyimpanan data 'Learning Contract' ini akan turut diwujudkan untuk penilaian kompetensi generik pelajar.

Perlaksanaan SPKG dan HX dimansuhkan dan perlaksanaan subjek HHHC 9118 merupakan langkah baru yang bersifat aktiviti pemacu kendiri (self-driven) oleh pelajar sendiri,Dari pelajar kepada Pelajar. Perlaksanaannya dilakukan untuk memberi keseimbangan kepada pengitirafan aktiviti-aktiviti yang dilakukan, tidak tertumpu kepada pihak kolej sahaja dan tidak membebankan pihak kolej. Aktiviti-aktiviti di peringkat kolej, fakulti, pusat-pusat malah aktiviti luar turut boleh mendapat pengiktirafan sebagai aktiviti penilaian bagi subjek ini.

Subjek yang berasaskan Kontrak Pembelajaran ini mempunyai 8 domain of Learning Outcome dan memerlukan 8 unit(40 jam/unit) iaitu 320 notional hours untuk dilengkapkan. Jumlah unit ini boleh didapatkan secara kumulatif yang mana pelajar boleh mendapatkan inisiatif untuk terlibat dengan program-program yang diiktiraf subjek HHHC 9118 sepanjang tahun pengajian di UKM sebelum mendapatkan ijazah.

Antara syarat yang diperlukan bagi sesuatu projek diiktiraf sebagai projek penilaian subjek ini adalah kertas kerja yang dihantar untuk kelulusan perlu disertai dengan dokumen 'Kontrak Pembelajaran' yang dilengkapkan. selain itu, penyelia/penasihat program tidak tertakluk kepada felo atau pensyarah sahaja malah pelajar boleh mengambil pegawai-pegawai UKM dan pihak luar yang diiktiraf PPP bagi menjadi penasihat projek.

Subjek ini juga lebih bersifat bottom-out dan bukan top-down semata-mata yang mana ia lebih tertumpu kepada pelajar untuk mengilham dan melaksanakan projek mereka sendiri yang bercirikan antara 8 domain yang ditetapkan, tidak tertakluk kepada perlaksanaan projek atas arahan pentadbiran semata-mata.

Pelajar tahun 2 dan 3 yang masih belum melengkapkan 8 kredit kursus kokurikulum turut berpeluang mendaftar subjek HHHC9118 ini bagi melengkapkan jumlah unit kokurikulum yang selebihnya.

Pihak MPP Mahasiswa mengucapkan tahniah kepada Prof Dato' Ir. Dr Hassan Basri selaku Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) di atas sifat keterbukaan beliau menangani permasalahan mahasiswa khususnya berkenaan isu ko-kurikulum yang baru dalam taklimat yang telah berjalan baru-baru ini. Inisiatif pertemuan dan taklimat kepada pihak pelajar di peringkat awal sebelum perlaksanaan subjek ini merupakan suatu langkah yang baik yang mana ia akan memberikan ruang kepada para pelajar untuk memberikan respons awal dan turut membantu pihak PPP di bawah TNC HEAA untuk menambah baik perlaksanaan subjek ini. Prof Dato' Ir. Dr Hassan Basri mengharapkan para pelajar memahami bahawa perlaksanaan ko-kurikulum ini masih di peringkat awal dan masih tidak sempurna, maka diharapkan semua pihak dapat memberi kerjasama dalam proses menambahbaik perlaksanaannya.

Meskipun taklimat yang akan dijalankan pada Jumaat ini (7 Januari 2010) di KTSN diwajibkan untuk pelajar tahun 1, saya menyarankan wakil pemimpin pelajar di peringkat kolej,fakulti: PMFSKB,PERSIAP,DENSTA dan PMFFAR serta pelajar tahun 2 & 3 dapat turut sama hadir kerana taklimat ini amat perlu bagi mendapatkan pemahaman tentang subjek ko-kurikulum baru ini, Kontrak Pembelajaran (Learning Contract) dan menjadi platform utama bagi anda bertanyakan soalan, memberi pendapat dan cadangan bagi penambahbaikan perlaksanaan program ini.
Semoga usaha murni pihak TNC HEAA dan PPP ini mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbiran dan para pelajar. Pastikan anda hadir ke taklimat subjek HHHC 9118:
  • Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
  • Masa : 8.00 Malam
  • Tempat : Dewan Serbaguna, KTSN
  • Ahli : Mahasiswa Tahun 1, KKL
Mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan penerangan tentang subjek ini dan anda amat dialu-alukan untuk mengajukan sebarang soalan dan cadangan berkenaan subjek ini kepada pihak TNC HEAA dan PPP semasa taklimat itu nanti. Sekian:)

Bersatu Berubah!

Sunday, January 2, 2011

Makluman Kelewatan Kemasukan Wang Biasiswa JPA


Saudara/Saudari,

MAKLUMAN KELEWATAN KEMASUKAN WANG BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) KEPADA PELAJAR BAGI SEMESTER 2 2010/2011

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman saudara/saudari, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memutuskan tarikh kemasukan wang biasiswa bagi semester 2 2010/2011 untuk pelajar tajaan akan mengalami sedikit kelewatan. Bayaran bagi semester tersebut akan dibuat pada tahun hadapan iaitu di antara pertengahan bulan Januari sehingga bulan Februari 2011. Kelewatan ini adalah kerana Jabatan ini telah diarahkan untuk proses penutupan akaun bagi tahun 2010.

3. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini menasihatkan agar para pelajar tajaan JPA mengambil langkah berjimat cermat di dalam menggunakan wang pemberian ibu/bapa/keluarga dan universiti bagi mengelakkan para pelajar mengalami masalah kewangan semaktu memulakan semester baru.

4. Sebarang kesulitan yang dialami oleh saudara/saudari dalam perkara ini amatlah dikesali.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara)
Bahagian Pembangunan Modal Insan
b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.

Pengambilan pelajar sesi depan bermula September

TEMERLOH, 1 Jan – Pengambilan pelajar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTAS) dianjakkan dari bulan Julai ke September mulai tahun ini selaras dengan waktu pengambilan pelajar IPT antarabangsa.

Oleh kerana pada masa lalu, tiada keselarasan waktu pengambilan pelajar, IPT tempatan gagal menarik pelajar luar negara menyambung pengajian di negara ini, kata timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, bahawa keputusan berkenaan juga bagi mengelak IPTAS di negara ini “kehilangan” pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Apa yang berlaku ketika ini, ramai pelajar cemerlang lulusan SPM membuat keputusan melanjutkan pengajian mereka di luar negara daripada memilih institusi pengajian tinggi tempatan

“Mereka (lulusan SPM) dilihat tidak mempunyai masa yang cukup untuk memutuskan (memilih) pusat pengajian tinggi terbaik dalam negara selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

“Akhirnya ramai yang memilih pengajian tinggi swasta di luar negara terutama Singapura,” katanya.-BERNAMA

Sumber:themalaysian insider, http://pmfskb.blogspot.com/,mstar
 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music