Pages

Showing posts with label imtihan. Show all posts
Showing posts with label imtihan. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Istimewa: Doa Menghadapi Peperiksaan


Sumber : ISIUKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seluruh rakan-rakan mahasiswa. Bagaimana dengan persediaan peperiksaan rakan-rakan semua? Semoga rakan-rakan dapat melalui minggu persediaan peperiksaan ini dengan penuh disiplin dan tekun mengulangkaji setiap subjek yang telah dipelajari pada semester ini.

Pada artikel kami sebelum ini, kami menyeru seluruh rakan-rakan agar tidak melupakan akan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH dalam keadaan kita sibuk dengan persiapan peperiksaan itu. Kita mahukan kejayaan yang diberkati oleh ALLAH di dunia dan akhirat bukan hanya sekadar sebuah kejayaan yang hanya mampu memberi kegembiraan di dunia sahaja.

Oleh itu, kami di peringkat Lajnah Kebajikan dan Akademik ISIUKM telah menyediakan secara khusus beberapa keratan doa buat seluruh rakan-rakan mahasiswa yang sedang bertungkus-lumus bersiap untuk menghadapi peperiksaan bermula Isnin depan agar kita lebih yakin dan tenang untuk berdepan ujian minda nanti.

Mari kita baca dan amalkan, mudah-mudahan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH dalam segala persediaan yang kita lakukan nanti insya ALLAH.

Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”


Doa memohon kejayaan yang cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Semoga kita semua dapat mengamalkan doa ini dan bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH setelah berusaha dengan gigih bagi menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Kami mendoakan agar rakan-rakan mahasiswa dapat menggapai kejayaan yang cemerlang seterusnya menggembirakan hati kedua ibu bapa kita yang sentiasa mendambakan kejayaan anak-anak mereka dalam tempoh menuntut ilmu ini.

Yakinlah bahawa, setiap usaha itu pasti akan ada balasannya yang setimpal. Sesungguhnya ALLAH SWT pasti tidak akan sesekali mempersiakan usaha hamba-hamba-Nya dalam semua perkara. Oleh itu, sekali lagi kami menyeru agar rakan-rakan melipatgandakan usaha sementara ruang masa yang berbaki ini seterusnya dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan penuh yakin dan bertawakkal kepada-Nya.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"

Lajnah Kebajikan dan Akademik,
Ikatan Studi Islam UKM

Sumber : ISIUKM
co-sumber:PMUKM

Saturday, October 23, 2010

Peperiksaan Akhir datang lagi!!


Salam peperiksaan akhir. Betulkan niat, kentalkan semangat dan jangan berputus-asa. Teruskan usaha mengejar kejayaan.
Semoga berjaya!:)




Melahirkan Mahasiswa Bervisi dan Berinisiatif!

Monday, August 30, 2010

Motivasi peperiksaan:Tazkirah MPP Umum Syafiq terkesan di hati


29 Ogos 2010-Setinggi penghargaan tidak terhingga kepada MPP Umum, Muhammad Syafiq b Abdul Aziz kerana kesudian beliau untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah tarawih di Surau D, Kolej tun Syed Nasir pada ahad lepas.
Jemaah surau fokus mendengar tazkirah yang disampaikan

Tazkirah yang disampaikan menyentuh berkenaan motivasi sempena peperiksaan pertengahan semester FSKB dan Farmasi,tidak kurang juga sebagai motivasi kepada pelajar Fakulti Perubatan dan Pergigian.

Namun,apa yang lebih menarik,beliau menjadikan pengalaman beliau ke Palestin baru-baru ini sebagai 'stimulator' motivasi terbaik kepada para jemaah. Beliau menceritakan tentang keperitan hidup rakyat palestin, kesungguhan dan semangat mereka yang sangat kental (orang buta sekalipun sanggup menjadi mereka yang duduk di Tebing Negara mempertahankan Palestin) serta kekejaman tentera yahudi kepada rakyat Palestin. Sebagai contoh, mereka akan mengebom dan mengepung sesuatu kampung,kemudian tidak membenarkan sebarang bantuan ke dalam kampung tersebut,tanpa memberi makanan, membiarkan orang-orang kampung yang cedera dan akhirnya setelah 3 hari,mereka akan keluar begitu sahaja dari kampung tersebut. Ternyata sudah terang dan tidak perlu disuluh lagi, tentera Yahudi begitu kejam dan tiada perikemanusiaan.


MPP Syafiq turut mengajak jemaah untuk berusaha menolong saudara kita di palestin dengan apa jua cara sekalipun. Sekiranya mampu dengan wang,dermalah..atau senjata atau tenaga,atau sebagainya mengikut kemampuan.

Bebaskan Palestin!
Pesan beliau, niat untuk belajar harus dibetulkan kerana Allah, insya-Allah sekiranya niat kerana Allah dan untuk mencari keredhaan Allah,kita bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. Sekalung penghargaan sekali lagi buat MPP Syafiq yang sudi bertandang ke sini sekalipun sangat sibuk dengan tuntutan kerja setelah sekembalinya beliau ke Malaysia.

Akhir kata,semoga kita semua dapat memperbetulkan niat untuk berjuang di jalan akademik ini.

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi

(Al Baqarah:30)

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zariyat:56)

Jagalah hubungan kita dengan Allah,sesama manusia dan sesama makhluk. 'Strive hard strive smart'!! Semoga berjaya buat semua!!:)


SALAM KEJAYAN,SEMOGA DIPERMUDAHKAN:)

Salam MPPKKL

Semoga dipermudahkan segala urusan, ikhlaskan niat menuntut ilmu keranaNya..Semoga kita bukan sahaja secara fizikal merdeka dari penjajah, malah merdekakanlah jiwa dan pemikiran daripada sebarang pengaruh negatif yang tidak sepatutnya bertapak dalam jiwa seorang mahasiswa dan juga seorang muslim. Wallahua'lam.

Tuesday, April 6, 2010

Musim peperiksaan tiba lagi!



Selamat menempuh peperiksaan akhir
buat semua mahasiswa UKM terutamanya mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan khusus kepada mahasiswa tahun akhir yang bakal menghadapi 'peperiksaan akhir yang terakhir' sebagai mahasiswa prasiswazah .Teguhkan hati,kuatkan semangat,perbetulkan niat. Semoga dipermudahkan menghadapi salah satu ujian kecil di dunia ini. Hakikatnya, corak perjalanan kehidupan turut disandarkan kepada hubungan kita kepada Pencipta dan juga hubungan sesama makhluk. Moga usaha yang dilakukan disertai dengan keberkatan ibu bapa,para pensyarah,sahabat handai dan yang paling penting.. disertai keredhaanNya.



SALAM PEPERIKSAAN,SALAM KEJAYAAN

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music