Pages

Monday, August 30, 2010

Saya Mahukan Kemerdekaan!

-Saya Mahukan Kemerdekaan!! Itulah yang bermain dalam benak jiwa saya sekarang.

*'Kenapa?Kan kita dah merdeka??yang ke-53 lagi tu....kan?kan?'

-Betul...Sebenarnya kita PERNAH merdeka...tapi,dalam diam,kita tak perasan yang kita dah dijajah semula..Perhatikan>>>>






















































'A picture can tell a thousand words'.Apatah lagi 'a few of pictures' kan?..(Istighfar dalam hati) ..Tak perlu diterangkan lagi,menggeletar tangan,berkecamuk fikiran semasa men'download' dan meng'upload' gambar-gambar tersebut....Sungguh perit lidah dan pena saya nak mengungkap realiti yang berlaku di sebalik gambar-gambar yang sekecil cuma ini.Hakikatnya..tanggungjawab kita sangat besar,untuk mengembalikan kemerdekaan yang pernah kita kecapi dulu,dan impian yang langit menggunung untuk melihat 'bi'ah solehah' di mana-mana sahaja kita pergi di bumi tercinta Malaysia ini.
*bi'ah solehah?:(http://nurazahfathirah.wordpress.com/biah-solehah/).

Perjuangan rakyat palestin.Walaupun dah terlalu banyak kisah dan ceritera benar yang kita dengar berkenaan perjuangan rakyat Palestin memperjuangkan hak mereka, jangan serik untuk menghayati dan mengikuti perkembangan mereka(http://palestinkini.info/).
Kita akan benar-benar menghayati erti kemerdekaan dari rakyat palestin. Mereka berjuang bermati-matian mempertahankan bangsa dan agama dalam serba amat kekurangan,namun di sini pula kita dalam zon selesa.terlalu alpa dengan nikmat aman ini..Malah, terlalu banyak nikmat di bumi Malaysia yang dinikmati dengan pelbagai aktiviti-mengundang-murka-Ilahi.

"Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu.”
(Muhammad:38)

Jangan sampai terhantuk baru tengadah!


Sungguh!Saya amat sayangkan Malaysia,saya sayangkan rakyat-rakyatnya,saya sayangkan pembangunannya,saya sayangkan tanah tumpah darah saya ini..namun sayang kita bukan kerana bangsa semata-mata, namun sayang itu keranaNya,Rabbul Jalil..

Telah diriwayatkan bahawa ketika hijrah, Rasulullah s.a.w membisikkan rasa cinta Baginda kepada kota makkah,tempat tumpah darah Baginda dengan penuh perasaan iaitu ketika Baginda akan meninggalkan kota Makkah,baginda mengungkapkan kata-kata-berikut:


“Alangkah indahnya kamu bagiku wahai negeriku (Mekah), dan alangkah kasihnya daku kepadamu, seandainya tidak kerana aku diusir oleh kaumku untuk berpisah denganmu, maka demi sesungguhnya aku tidak akan memilih tempat kediamanku selain daripada kamu.”

Setelah mengucapkan kata-kata itu,maka Baginda terus melangkah keluar, yang dilakukan sebagai menunaikan satu perintah Allah SWT, yang antaranya terdapat dalam firman Allah SWT:

Wahai hamba-hambaKu yang beriman, sesungguhnya bumiKu adalah amat luas, maka sembahlah Aku sahaja.
(Al-Ankabut:56)

Ya Allah, lindungilah negaraku Malaysia dan seisinya daripada segala kecelakaan dan jauhilah kami dari sebarang perbuatan yang mengundang murkaMu. Semoga keamanan dan kesejahteraan ini terus kekal dalam keharmonian dan diserikan dengan kasih sayang perpaduan sesama rakyatnya.

Selamat Hari Kemerdekaan wahai Malaysia tercinta..Semoga rakyat Malaysia akan turut merdeka fizikal, jiwa, pemikiran dan nurani. Semoga kita dan generasi akan datang dapat tersenyum dengan kemerdekaan sebenar.
*Hari Malaysia=16 September

SALAM KEMERDEKAAN


MAHASISWA MERENUNG,BERFIKIR,BERTINDAK DAN MELAKUKAN PERUBAHAN!

Motivasi peperiksaan:Tazkirah MPP Umum Syafiq terkesan di hati


29 Ogos 2010-Setinggi penghargaan tidak terhingga kepada MPP Umum, Muhammad Syafiq b Abdul Aziz kerana kesudian beliau untuk menyampaikan tazkirah ringkas kepada jemaah tarawih di Surau D, Kolej tun Syed Nasir pada ahad lepas.
Jemaah surau fokus mendengar tazkirah yang disampaikan

Tazkirah yang disampaikan menyentuh berkenaan motivasi sempena peperiksaan pertengahan semester FSKB dan Farmasi,tidak kurang juga sebagai motivasi kepada pelajar Fakulti Perubatan dan Pergigian.

Namun,apa yang lebih menarik,beliau menjadikan pengalaman beliau ke Palestin baru-baru ini sebagai 'stimulator' motivasi terbaik kepada para jemaah. Beliau menceritakan tentang keperitan hidup rakyat palestin, kesungguhan dan semangat mereka yang sangat kental (orang buta sekalipun sanggup menjadi mereka yang duduk di Tebing Negara mempertahankan Palestin) serta kekejaman tentera yahudi kepada rakyat Palestin. Sebagai contoh, mereka akan mengebom dan mengepung sesuatu kampung,kemudian tidak membenarkan sebarang bantuan ke dalam kampung tersebut,tanpa memberi makanan, membiarkan orang-orang kampung yang cedera dan akhirnya setelah 3 hari,mereka akan keluar begitu sahaja dari kampung tersebut. Ternyata sudah terang dan tidak perlu disuluh lagi, tentera Yahudi begitu kejam dan tiada perikemanusiaan.


MPP Syafiq turut mengajak jemaah untuk berusaha menolong saudara kita di palestin dengan apa jua cara sekalipun. Sekiranya mampu dengan wang,dermalah..atau senjata atau tenaga,atau sebagainya mengikut kemampuan.

Bebaskan Palestin!
Pesan beliau, niat untuk belajar harus dibetulkan kerana Allah, insya-Allah sekiranya niat kerana Allah dan untuk mencari keredhaan Allah,kita bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. Sekalung penghargaan sekali lagi buat MPP Syafiq yang sudi bertandang ke sini sekalipun sangat sibuk dengan tuntutan kerja setelah sekembalinya beliau ke Malaysia.

Akhir kata,semoga kita semua dapat memperbetulkan niat untuk berjuang di jalan akademik ini.

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi

(Al Baqarah:30)

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Az-Zariyat:56)

Jagalah hubungan kita dengan Allah,sesama manusia dan sesama makhluk. 'Strive hard strive smart'!! Semoga berjaya buat semua!!:)


SALAM KEJAYAN,SEMOGA DIPERMUDAHKAN:)

Salam MPPKKL

Semoga dipermudahkan segala urusan, ikhlaskan niat menuntut ilmu keranaNya..Semoga kita bukan sahaja secara fizikal merdeka dari penjajah, malah merdekakanlah jiwa dan pemikiran daripada sebarang pengaruh negatif yang tidak sepatutnya bertapak dalam jiwa seorang mahasiswa dan juga seorang muslim. Wallahua'lam.

Saturday, August 28, 2010

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan KTSN


“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)



“ Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (antara haq dan batil).”
(surah Al-Baqarah: 185)


Bersempena dengan Nuzul Qur'an dan detik-detik 10 akhir Ramadhan, Majlis Penutup Ihya' Ramadhan akan diadakan di

  • Surau D,KTSN
  • 28 Ogos 2010 (Sabtu)
  • 9.30 malam

Antara pengisiannya adalah Majlis Khatam Al-Qur'an, tayangan multimedia dan persembahan nasyid. Bersama-samalah kita mengimarahkan majlis ini, bukan sahaja dengan membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an,malah bertadabbur dan menghayati isi kandungannya. Jangan sia-siakan detik-detik akhir Ramadhan ini,semoga kita termasuk di kalangan orang yang selayaknya menikmati kemenangan Ramadhan,insya-Allah.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam qadar dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. pada malam itu, turun para malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."
(surah Al-Qadr :1-5)

Jom mengejar dan mencari malam lailatul-Qadr! Semoga niat kita tulus untuk mendamba dan mengejar redhaNya:)

Tunaikanlah hak Ramadhan,tunaikanlah hakNya yang perlu kita penuhi

Friday, August 27, 2010

Isu pengangkutan pelajar-pelajar ke BYS

26 Ogos 2010- Seperti yang telah diperbincangkan pada pertemuan sebelum ini,sekali lagi satu pertemuan bersama penolong pendaftar kampus KL, En. Fairuz Mohd Rafdzi telah diadakan bagi mendapatkan pencerahan berkenaan isu pengangkutan ke pelajar yang menghadiri kuliah di Bangunan Yayasan Selangor (BYS). Berbeza dengan pertemuan pada kali ini, seorang pelajar Terapi Cara Kerja,Nur Aimi Syakirah turut hadir untuk membantu perbincangan kami. Perbincangan ringkas awal telah diadakan antara saya,aimi serta Teh Nurliyana(kursus Fisioterapi) sebelum ini bagi memikirkan langkah-langkah penyelesaian bagi isu ini.

Seperti yang semua telah sedia maklum para pelajar kursus Fisioterapi, Terapi Cara Kerja dan pelajar Sains Persekitaran(Tahun 3) perlu berulang-alik dari Bangunan Yayasan Selangor dan Kampus Kuala Lumpur untuk menghadiri kuliah. Keadaan yang melelahkan ini mendapat perhatian daripada pihak pentadbiran dan Majlis Perwakilan Mahasiswa sendiri.

Dalam perbincangan kami ini, En Fairuz menerangkan bahawa sebelum ini, terdapat 3 bas Eltabina yang berulang-alik daripada kampus Kuala Lumpur-KTSN. Bas-bas ini akan berulang-alik sebanyak '16 trip atau lebih' pada setiap hari bagi menampung jumlah pelajar kampus KL yang ramai dari KTSN 1-Kampus KL pada masa-masa yang berbeza. Terdapat juga satu bas lama UKM yang turut berulang-alik dari kampus KL-KTSN dan juga BYS pada waktu pagi kerana pada waktu itu merupakan 'peak hour' para pelajar ke kelas.

Namun,
para pelajar BYS perlu berjalan kaki dari kampus KL ke BYS selepas waktu tersebut kerana ketiadaan bas ke sana dan pada masa-masa tertentu para pelajar turut mendapatkan bantuan pengangkutan daripada 'shuttle' yang berulang-alik daripada KTSN 4-Kampus KL. Pemandu-pemandu shuttle/bas yang prihatin juga turut berinteraksi sesama mereka melalui 'walkie-talkie' untuk membantu para pelajar untuk bergerak dari BYS-Kampus KL walaupun dalam kontrak mereka tidak tercatat bahawa mereka perjalanan perlu dilakukan ke BYS. Namun, keadaan ini berlaku tanpa sistem yang teratur yang membebankan kedua-dua belah pihak. Maka, pihak pentadbiran akhirnya telah mengambil satu solusi baru di mana:
  • Selepas 16 Ogos 2010 kampus KL diberikan bas sewa sementara dengan 27 tempat duduk penumpang menjadikan jumlah bas sebanyak 4 buah bas- Dalam jangkaan, bas baru akan dibekalkan oleh Eltabina sebagai perkhidmatan kepada kampus KL pada pertengahan September
  • Jadual baru bagi perjalanan bas telah diwujudkan yang mana setiap bas akan berulang alik dari KTSN 1-Kampus KL-BYS-KTSN 1. Tindakan ini telahpun berkuatkuasa pada 16 Ogos 2010 yang lepas.*Sekiranya bas ari kampus KL telah penuh,bas akan terus bergerak ke Kampus KL kerana sekalipun bas melalui BYS untuk ke KTSN 1, tiada pelajar yang akan dapat menaiki bas tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pelajar yang perlu bergerak dari BYS ke Kampus KL, mereka perlu menaiki bas yang akan ke KTSN 1 dahulu dan barulah akan bergerak ke Kampus KL (BYS-KTSN 1-Kampus KL). Disebabkan perjalanan ini akan memakan masa pelajar yang perlu ke kelas di kampus KL, kami menyarankan agar :
  • Pelajar di BYS dibenarkan untuk menghubungi pemandu 'shuttle' bagi mengambil mereka di sana seterusnya membawa mereka ke kampus KL. Walau bagaimanapun, para pelajar tertentu sahaja yang diberikan kuasa (autoriti) bagi menghubungi pemandu 'shuttle' agar tiada pertindahan permintaan yang berlaku.
Jadual baru perjalanan bas yang berkuatkuasa pada 16 Ogos 2010. Sila rujuk jadual ini papan kenyataan KTSN 1 di tempat menunggu bas dan juga papan kenyataan pentadbiran kampus KL di tempat menunggu bas TIBE.

Setinggi penghargaan kepada En Fairuz dan pihak pentadbiran kampus KL di atas inisiatif prihatin yang telah dijalankan. Penghargaan turut diberikan kepada pemandu bas/shuttle yang berkhidmat untuk kami, warga kampus KL. Semoga kebajikan dan hal ehwal pelajar akan terus terjaga di bawah tampuk pimpinan yang cekap ini:)

Bergerak Seiring Melakukan Perubahan
 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music