Pages

Friday, August 27, 2010

Survei HE dan HX

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Mahabbah

Subjek HX

Pada sesi kali ini, pelajar tahun 1 perlu mendaftar subjek baru yang lebih dikenali dengan nama subjek HX. Subjek yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Pelajar di bawah pimpinan Prof Madya Dr. Kadderi ini melibatkan aktiviti pelajar seperti lawatan ke sekitar UKM di kampus induk di Bangi bagi memperkenalkan pelajar-pelajar tahun 1 kepada pelbagai persatuan dan aktiviti-aktiviti yang terdapat di sana. Walaupun objektif subjek ini diwujudkan adalah murni, namun pelaksanaannya terhadap pelajar KTSN dilihat sebagai membebankan. Ini berikutan keadaan mereka yang perlu ke Bangi setiap kali sesi HX dijalankan. Terdapat 9 sesi yang perlu dijalankan di Bangi iaitu:
  • 3 sesi bagi kepimpinan
  • 3 sesi bagi sukan
  • 3 sesi bagi kebudayaan
Melihatkan senario ini, kami bertindak mewujudkan borang soal selidik berkenaan HX untuk mendapatkan respons pelajar berkenaan hal ini. Respons dan cadangan mereka akan diketengahkan kepada pihak pentadbiran di kampus Bangi.


Penerangan kepada pelajar tahun 1 semasa pengedaran borang soal selidik


Subjek HE

Pelajar tahun 3 juga menghadapi perubahan dari segi perlaksanaan subjek HE. Mereka perlu memilih salah satu daripada 9 landasan yang ditetapkan. Antaranya ialah kepimpinan, komunikasi, sukan, kebudayaan, khidmat masyarakat dan kesukarelawanan serta beberapa landasan lain. Pemilihan yang dilakukan ini perlu menepati 2 unit yang memerlukan penglibatan pelajar selama 80 jam( 1 unit = 40 jam). Keperluan ini terlalu membebankan pelajar tahun 3 yang mana kebanyakan daripada mereka terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan dan tidak kurang juga perlu menjalani 'posting' ke hospital di negeri-negeri lain. Pihak MPP terpanggil untuk mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan terhadap isu subjek HE. Borang soal selidik telah pun diedarkan dan hal ini akan diajukan ke Bangi.

Ingin sekali saya perjelaskan di sini bahawa pihak pentadbiran UKM sedang melakukan yang terbaik meningkatkan kualiti pelajar keluaran UKM dan subjek HE/HX merupakan salah satu daripada inisiatif yang diambil. Namun tidak semua perkara yang dilakukan akan mencapai pada kesempurnaan pada peringkat awal ia dilaksanakan. Maka, ia merupakan tanggungjawab kita sebagai pelajar untuk membantu pihak universiti untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang.

Amatlah diharapkan bahawa sebarang aduan,permasalahan, cadangan dan kritikan membina daripada pelajar dapat diajukan kepada kami dan pihak pentadbiran untuk kebajikan dan kesejahteraan kita bersama. Sekian.

Bersatu Berubah

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music