Pages

Monday, January 24, 2011

Sejenak bersama Dekan FSKB

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Anda semua pasti menantikan hasil mesyuarat yang berlangsung 2 minggu lepas antara Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Majlis Perwakilan Pelajar FSKB bersama Dekan FSKB, Prof. Dr. Salmaan Hussain Inayat Hussain yang turut disertai oleh Timbalan Dekan Akademik, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazlim Hj. Yusoff dan beberapa pegawai bahagian akademik yang lain.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai masalah limitasi pendaftaran kursus kerana PNGK bawah 2.67,masalah yuran dan beberapa masalah yang lain. Setelah penjelasan demi penjelasan disampaikan oleh Prof. Salmaan,Dr. Nazlim dan pegawai-pegawai yang lain,pihak kami (PMFSKB dan MPP FSKB) merasakan keadaan akademik mahasiswa FSKB berada di tahap kritikal sekiranya mahasiswa sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk berubah.

Jika dilihat,mahasiswa kini amat memanjakan diri dan berada dalam 'comfort zone' , sentiasa berasa selesa dan keinginan untuk memajukan potensi diri amat rendah. Maka, satu stimulus penggerak perlu diwujudkan untuk membangunkan kembali mahasiswa-mahasiswa terutamanya mahasiswa FSKB.

Antara isi daripada kata-kata Prof Salmaan yang dipetik daripada mesyuarat tersebut adalah 'We are dealing with human,not any equipments or tools'!...Kita merupakan bakal graduan yang akan berkhidmat dalam bidang kesihatan yang sangat penting untuk kemaslahatan umat manusia. Mana mungkin kita menerima mahasiswa yang sambil-lewa,belajar hanya untuk bergraduasi dan diterima bekerja namun ilmu di dada tidak sepadan dengan ilmu dan praktikal yang sepatutnya dimiliki oleh graduan Sains Kesihatan UKM!

Setelah mesyuarat tersebut berakhir, pihak PMFSKB berasa amat terpanggil untuk mengadakan satu sesi mahasiswa bersama Prof Salmaan, Dekan FSKB bagi membangkitkan semangat dan kesedaran untuk menganjakkan paradigma diri ke arah graduan yang dibanggakan UKM dan juga negara.
'Sejenak Bersama Dekan FSKB'.Program ini akan berlangsung pada 25 januari 1011 (Selasa) pada 7.45 malam di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir.Antara tentatif program adalah sesi motivasi dan interaksi bersama dekan dan pembentangan hasil mesyuarat yang lepas oleh PMFSKB. Pastikan anda semua tidak melepaskan peluang ini! Bukan senang untuk berjumpa dan berinteraksi bersama Dekan kita, semoga kita semua mendapat sentuhan suntikan semangat yang membara daripada Dekan tercinta. Sebarkan pada sahabat-sahabat lain=)

Mahasiswa Mampu Melakukan Perubahan!

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music