Sumber : ISIUKM
Pada  artikel kami sebelum ini, kami menyeru seluruh rakan-rakan agar tidak  melupakan akan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH dalam keadaan kita  sibuk dengan persiapan peperiksaan itu. Kita mahukan kejayaan yang  diberkati oleh ALLAH di dunia dan akhirat bukan hanya sekadar sebuah  kejayaan yang hanya mampu memberi kegembiraan di dunia sahaja.
Oleh  itu, kami di peringkat Lajnah Kebajikan dan Akademik ISIUKM telah  menyediakan secara khusus beberapa keratan doa buat seluruh rakan-rakan  mahasiswa yang sedang bertungkus-lumus bersiap untuk menghadapi  peperiksaan bermula Isnin depan agar kita lebih yakin dan tenang untuk  berdepan ujian minda nanti.
Mari  kita baca dan amalkan, mudah-mudahan kita akan dipermudahkan oleh ALLAH  dalam segala persediaan yang kita lakukan nanti insya ALLAH.
Doa agar dikurniakan kefahaman dan ingatan yang kukuh selepas mengulangkaji
اللَّهُمَّ  ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ  المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai  Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul,  serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah  kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
Doa sebelum memasuki dewan peperiksaan
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.” 
Doa apabila terlupa ketika menjawab peperisaan
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.” 
Doa memohon kejayaan yang cemerlang
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
Semoga kita semua dapat  mengamalkan doa ini dan bertawakkal sepenuhnya kepada ALLAH setelah  berusaha dengan gigih bagi menghadapi peperiksaan akhir semester ini.  Kami mendoakan agar rakan-rakan mahasiswa dapat menggapai kejayaan yang  cemerlang seterusnya menggembirakan hati kedua ibu bapa kita yang  sentiasa mendambakan kejayaan anak-anak mereka dalam tempoh menuntut  ilmu ini.
Yakinlah bahawa, setiap usaha  itu pasti akan ada balasannya yang setimpal. Sesungguhnya ALLAH SWT  pasti tidak akan sesekali mempersiakan usaha hamba-hamba-Nya dalam semua  perkara. Oleh itu, sekali lagi  kami menyeru agar rakan-rakan  melipatgandakan usaha sementara ruang masa yang berbaki ini seterusnya  dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan penuh yakin dan bertawakkal  kepada-Nya.
"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"
Lajnah Kebajikan dan Akademik,
Ikatan Studi Islam UKM
Sumber : ISIUKM
co-sumber:PMUKM



2 comments:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
摇舞吧 , 约会吧 , 寂寞同城交友qq群 , 找寂寞女人qq群 , 寂寞男女e夜情 , 寂寞裸聊网 , 寂寞聊吧直播间 , 裸聊聊天网站 , 陪聊聊天室 , 美女同城一夜情网站
Post a Comment