Pages

Monday, May 17, 2010

Seminar Kerjaya


8 Mei 2010: Sekitar 30-35 orang pelajar SMK Gombak Setia bersama-sama 6 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke PPUKM bagi program Seminar Kerjaya yang dianjurkan oleh PERSIAP(Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM). Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar SMK Gombak Setia berkenaan bidang kesihatan yang ditawarkan di UKM dan bagi menerangkan berkenaan prospektif kerjaya yang ditawarkan di Fakulti Perubatan, Fakulti Farmasi, Program Kejururawatan dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.

Program dimulakan pada pukul 9 pagi dengan alu-aluan serta taklimat mengenai PPUKM oleh saudara Mohamad Azizuddin Fahmi B Nordin,Yang diPertua PERSIAP. Program kemudiannya diteruskan dengan sesi taklimat daripada wakil-wakil program berkenaan program masing-masing.

Program Perubatan : Mohd Fahmi B Elias
Program Farmasi : Muhamad Fareed bin Mohamad Saroni
Program Kejururawatan : Sazwani Majuad

Program Sains Kesihatan Bersekutu: Nur Ili Mohamad Tarmizi


Bagi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu khususnya, mereka didedahkan dengan 12 kursus yang berada di bawah fakulti ini.Daripada pemerhatian saya sendiri, pada mulanya, kebanyakan daripada para pelajar agak kabur dengan konsep Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, namun setelah taklimat diberikan dengan iringan slide show yang merangkumi kedua belas kursus di bawah fakulti ini beserta prospek kerjaya yang terbentang di luar sana setelah mengakhiri kursus-kursus di fakulti ini, mereka tampak lebih jelas dan tidak kurang juga ada yang telahpun tertarik dengan kursus-kursus yang ditawarkan.


Memberi penjelasan kepada beberapa pelajar-pelajar yang berminat untuk lebih mengetahui tentang kursus FSKB


Guru-guru pengiring yang bersungguh-sungguh memimpin anak didik mereka menuju menara gading..Oh Guru..

Program ini tidak akan sempurna tanpa lawatan ke wad-wad di PPUKM. para pelajar seterusnya dibawa melawat ke wad-wad mengikut kumpulan yang telah dibahagikan mengikut fasilitator kumpulan masing-masing yang terdiri daripada wakil-wakil pelajar perubatan, farmasi dan kejururawatan. Mereka dibawa melawat ke wad surgeri, wad pediatrik, wad obstetrik&ginekologi dan wad lain.


Program diakhiri dengan slot motivasi oleh YBhg Prof Dato' Dr Lokman Saim, Dekan Fakulti Perubatan merangkap Pengarah PPUKM dan acara penyampaian cenderamata. Diharapkan adik-adik SMK Gombak Setia membawa pulang ilmu-ilmu dan pengalaman berharga untuk dijadikan panduan bagi menentukan hala tuju mereka selepas ini. tahniah kepada PERSIAP atas penganjuran aktiviti seumpama ini dan ucapan terima kasih di atas jemputan bagi turut sama mempromosi dan mendedahkan para pelajar SMK Gombak Setia dengan kelebihan Fakulti sains Kesihatan Bersekutu.


Bersama Mengungguli Institusi Kemahasiswaan,
Lebarkan Sayap bagi Merancakkan Institusi Kesihatan



0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music