Pages

Monday, October 18, 2010

Perhatian kepada pemegang Biasiswa JPA Tahun Akhir


Merujuk kepada Pengumuman Unit Kebajikan Pelajar tentang taklimat JPA untuk Pelajar tahun Akhir (di UKM Bangi pada 20 Oktober 2010,8 pagi bertempat di Dectar).. (rujuk : http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/102010/bul_071010-15.pdf )

Saya telah menghubungi pihak JPA untuk mendapatkan perhatian mereka tentang pelajar-pelajar kampus KL yang kebanyakannya perlu menghadiri kelas dan mempunyai kesulitan untuk ke UKM bangi pada tarikh tersebut. Wakil pihak JPA, Pn Norzihan bersetuju untuk mengadakan satu taklimat JPA untuk pelajar tahun akhir di UKM Kampus KL, tapi bukan dalam masa terdekat. Insya-Allah dalam semester II, taklimat tu akan dijalankan :)

Jadi,sama-sama kita doakan semoga urusan tersebut dipermudahkan dan pemegang-pemegang biasiswa JPA tahun akhir di kampus KL dapat mendengar taklimat yang sama dari pihak JPA:taklimat tersebut sangat penting kerana pemegang biasiswa mempunyai tanggungjawab dalam pematuhan Kontrak Biasiswa Persekutuan JPA selepas menamatkan pengajian kelak. Sekian.

Tolong sebarkan pada yang lain..

p/s :

-kalau ada yang nak pergi juga taklimat di Bangi,dipersilakan:)

-pelajar Forensik/4, sila abaikan pengumuman ini kerana melalui makluman Prof Madya Khairul Osman,jabatan anda dah pun menempah bas untuk ke UKM Bangi pada pagi 20 Oktober 2010

Mahasiswa Memacu Keunggulan

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music