Pages

Monday, October 4, 2010

Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (PDAL)


PERHATIAN BUAT MAHASISWA UKM KL!
Adalah dimaklumkan bahawa pihak perpustakaan akan mengadakan Hari Bersama Pelanggan pada 5 Oktober 2010 bermula pada 9.00 pagi – 4.30 petang. Ini termasuklah Perpustakaan Tun Sri Lanang, Perpustakaan Pusat Perubatan UKM dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kampus KL). Hari Bersama Pelanggan ini merupakan salah satu usaha sempena Aktiviti Pembudayaan Ilmu 2010 dalam mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan.

Antara tarikan program adalah:

  • Kuiz (9 pagi-3 petang)
  • Potongan 50% bagi denda lewat pulang buku
  • Pameran
  • Hadiah menarik menanti anda!!



Anda berpeluang untuk mendapatkan penjelasan mengenai:

ü Permintaan dan pemilihan buku bahan Perpustakaan.

ü Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan.

ü Kursus Kemahiran Maklumat.

ü Bimbingan dan khidmat nasihat pelanggan.

ü Katalog Perpustakaan GEMILANG.

ü Portal e-Jurnal.

ü Pangkalan Data Dalam Talian.

ü Koleksi Digital UKM.

ü Koleksi seperti Media, Jurnal, Dokumen dan lain-lain.

ü Perkhidmatan di Perpustakaan Cabang.

ü Sistem e-repositori penerbitan (eRep).

ü kemudahan lain untuk pelanggan.

Bersama-sama kita meriahkan Hari Bersama Pelanggan
Perpustakaan Dr. Abdul Latiff!




0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music