Pages

Wednesday, December 29, 2010

Perkembangan Terkini Mesin ATM

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Pertama sekali,mohon maaf semua kerana sudah lama tidak memaklumkan anda tentang perkembangan isu ini . Setelah berkali-kali perjumpaan dan perbincangan yang dilakukan, alhamdulillah terdapat perkembangan baru yang mungkin mengukir senyuman di bibir kita:) Terdapat dua mesin ATM yang akan diwujudkan iaitu CIMB dan juga BIMB. CIMB akan dibina dalam masa terdekat ini di bawah bahagian TIBE manakala BIMB akan dibina setelah proses renovation Jabatan Bendahari siap dilakukan pada semester akan datang di Blok E.


Pihak penolong pendaftar kampus memaklumkan pihak CIMB melakukan site
verification semalam sebagai susulan prosedur tertentu yang telah dijalankan sebelum ini bagi membina mesin ATM. Jika segala prosedur telah siap dan pemasangan kabel telah dilakukan, insya-Allah proses pemasangan akan berjalan selama seminggu jikalau tiada sebarang halangan. Sama-sama kita doakan semoga proses pemasangan tersebut dapat dijalankan dengan segera.

Saya yakin semua pasti mengharapkan pembinaan mesin ATM BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) secepat mungkin, namun pembinaan mesin ATM CIMB ini merupakan solusi paling cepat yang boleh dilakukan bagi memberi kemudahan mesin ATM kepada para pelajar.

Di samping itu, pihak pengurusan kampus juga menerima aduan pelajar tentang ketiadaan vending machine di kampus. Buat masa ini, pengambilan dan pemilihan tender sedang dilakukan untuk menempatkan 2 vending machine di kampus iaitu di Blok E dan foyer dewan kuliah .
Mohon maaf atas segala kekurangan dalam mengendalikan pembawaan isu mesin ATM ini, semoga kita boleh memanfaatkan kemudahan yang ada:)

1 comments:

LENA said...

Salam sejahtera,
topik ini menarik perhatian saya dan rakan-rakan saya.. ini kerana buat masa ini kami ingin mewujudkan mesin ATM BSN, CIMB dan Maybank di tempat kami...boleh kiranya saudara kongsikan cara2/ prosedur2 dan syarat2 untuk memohon mesin ATM...
Terima kasih
-Lena Anggie-
email: lengie@yahoo.com

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music