Pages

Friday, April 9, 2010

Munajat Perdana


9 April 2010:Ribuan penghargaan kepada Kelab Sains Bioperubatan UKM dengan kerjasama PMFSKB yang menganjurkan Munajat Perdana sebentar tadi. Program ini diatur bersempena dengan kedatangan imtihan yang akan tiba tidak sampai 72 jam sahaja lagi.

Setelah solat Maghrib berjemaah,bacaan Ya'asin diadakan dan disusuli dengan solat isya' berjemaah. Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan kata-kata amanat oleh Dr Ahmad Rohi yang menggantikan Dr Fadhilah Rajab selaku Ketua Jabatan Sains Bioperubatan yang tidak dapat hadir atas faktor kesihatan. Majlis diakhiri dengan aktiviti bermaaf-maafan sesama jemaah yang hadir.

Diri ini amat tersentuh dengan kata-kata amanat yang disampaikan oleh Dr Rohi yang sarat dengan pesanan mengisi jiwa sempena peperiksaan yang bakal tiba diselangi dengan pengalaman beliau yang sungguh menarik hati. Antara pengisian yang ditekankan adalah niat dan tujuan untuk belajar dan mengulangkaji bukan sahaja untuk 'pass exam' semata-mata tetapi lebih daripada itu yang mana untuk memenuhi tanggungjawab hambaNya dan juga kepada kedua ibu bapa.

Analogi yang digunakan berkaitan subjek toksikologi dan unsur kehambaan sangat membuka mata betapa kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa setiap ilmu yang dipelajari adalah untuk mendekatkan diri kepadaNya,analogi tersebut berbunyi begini:
apabila badan kita dimasuki toksik,kita masih mempunyai satu jangka masa tertentu untuk terus hidup di mana badan kita mempunyai pelbagai mekanisme untuk memastikan kita hidup untuk beberapa jangka waktu--> Allah memberi kita pelbagai peluang sepanjang kita hidup yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin,bersyukurlah!... Selain itu,kita tidak semestinya akan dapat sesuatu yang kita ingini seperti yang kita kehendaki,kerana Dia yang Maha Berkuasa tahu yang mana terbaik untuk kita, 'Allah rules in mysterious ways',itulah kata-kata beliau yang sehingga kini terpahat di fikiran. Ya,Allah mengatur perjalanan hidup hambaNya dengan cara yang sungguh misteri,tetapi penuh dengan kebaikan sekiranya sang hamba menurut panduan yang ditetapkan sang pencipta, itulah yang dapat saya simpulkan dari 'quote' yang telah beliau sampaikan.


Terima kasih tidak terhingga kepada Dr Rohi di atas pengisian yang ringan tetapi sarat dengan kata-kata hikmah yang tidak dapat dinukilkan kesemuanya di sini,your talk is really inspiring!

Syabas juga kepada kelab Sains Bioperubatan dan PMFSKB di atas penganjuran program spiritual ini yang turut mendapat pujian daripada Dr Rohi kerana sesungguhnya pengisisan rohani sangat diperlukan oleh setiap individu,kembali kepada fitrah! Amatlah diharapkan program program sebegini dapat dianjurkan dengan lebih kerap di masa akan datang. Program qiamullail pula akan menyusuli pada 5.15 pagi di surau D.

Sabtu (10 April 2010)

5.00 pg-Para pelajar mula berkumpul di surau
5.10 pg-Qiamullail
-Solat Tahajud
-Solat Taubat
-Solat Hajat
-Solat Witir
5.50 pg-Gegar Subuh
6.10 pg-Solat Subuh
6.20 pg-Tazkirah ringkas
7.00 pg-Senaman


Marilah kita sama-sama mengimarahkan program penyucian jiwa ini,moga mendapat keberkatanNya,insya-Allah...


Peperiksaan hanyalah ujian kecil di dunia, ujian akhirat sedang menanti. Maka,persiapkanlah diri untuk kedua-duanya. Ya Rabbi,permudahkanlah...


http://pmfskb.blogspot.com/2010/04/wahai-orang-orang-beriman-mohonlah_02.html

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music