Pages

Monday, April 5, 2010

Post-AGM PMFSKB



AGM PMFSKB yang telah berlangsung sangat bermakna degan kehadiran dekan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Prof. Dr. Salmaan Hussain bin Inayat Hussain. Peluang untuk berinteraksi dengan beliau semasa menikmati jamuan yang disediakan selepas AGM PMFSKB digunakan dengan sebaiknya bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu termasuklah masalah kecurian yang acapkali berlaku beberapa sejak beberapa minggu lepas.


Bonda pengetua KTSN,Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib,MPP:Abdul Muin bin Azmi dan Nasiha Sakina Ramruzzaman yang turut sama hadir

Prof Salman melihat keadaan di mana mahasiswa yang menghadapi sebarang masalah sama ada berkenaan infrastruktur kampus atau masalah-masalah lain perlulah diadukan menggunakan saluran yang betul, bukan sekadar meluahkan tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Nasihat dan amanat yang disampaikan Prof Salman sangat mengusik jiwa kami sebagai pemimpin pelajar yang perlu sentiasa berinisiatif dalam menghadapi dan berusaha menyelesaikan masalah pelajar bersama-sama dengan pihak pentadbiran. Semoga kita semua sebagai mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu akan sama-sama berusaha menaikkan nama fakulti kesayangan kita ini, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.

MEMIMPIN BERSAMA PEMIMPIN

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music