Pages

Monday, April 5, 2010

Saya Mahasiswa Prihatin

24 Mac 2010-Pada tarikh tersebut, seramai 3 orang MPP Umum iaitu Alia Suzana Binti Asri, Muhammad Syafiq bin Abdul Aziz dan Muhamad Faiz bin Ismail telah turun padang ke UKM Kampus Kuala Lumpur bagi menyampaikan seruan 'Saya Mahasiswa Prihatin'. MPP Mariah Zakaria dan Naseha binti Omar turut sama menyertai MPP-MPP Umum dalam lawatan tersebut."SAYA MAHASISWA PRIHATIN" merupakan suatu bentuk mesej yang bertujuan memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan mahasiswa.


Booklet yang mengandungi maklumat tentang Tabung Kebajikan Pelajar dan perincian turut diedarkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang ditemui. Ternyata masih ramai pelajar yang masih tidak mengetahui akan Tabung Kebajikan Pelajar yang mana berfungsi untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar dalam jumlah tertentu bagi kes-kes kematian waris,kemasukan wad dan kes-kes lain.


Mahasiswa perlulah peka akan setiap isu di sekeliling termasuklah isu kecurian yang sering berlaku di kampus KL, aduan bantuan kebajikan, aduan masalah kampus dan sebagainya kerana hal-hal ini berkait rapat dengan hal ehwal kebajikan mahasiswa sendiri. Inilah mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh MPP umum yang sanggup datang jauh dari Bangi kepada sahabat mahasiswa di kampus KL. Kedatangan mereka ke kampus KL amat dialau-alukan.Harapan saya tinggi agar kita semua menjadi mahasiswa yang sentiasa peka dan cakna. Sekian.

KITA MAHASISWA PRIHATIN!

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music