Pages

Monday, April 5, 2010

Solat Hajat dan Tazkirah daripada MPP Mahasiswa

Saudara Faiz,MPP Umum menyampaikan tazkirah berkisarkan hubungan manusia dan Ilahi dan sejauh mana penghayatan mahasiswa dalam hubungan universal ini

3 April-Solat Hajat dan Tazkirah MPP Mahasiswa di surau D,Kolej Tun Syed Nasir, semalam merupakan rentetan Roudtour MPP Mahasiswa dari wakil umum MPP Mahsiswa dan MPP Fakulti Kampus KL. Solat Hajat diadakan bagi mendoakan rakyat Palestin dan juga sempena peperiksaan akhir semester yang bakal ditempuhi tidak lama lagi. MPP Mahasiswa mengimamkan solat dan memberi tazkirah kepada mahasiswa/i yang hadir antara maghrib isya’.

Ingatan buat diri ini dan sahabat-sahabat sekalian,"Perjuangan dan hak rakyat Palestin tidak boleh tidak kita pinggirkan. Marilah bersama-sama kita mendoakan agar kebenaran dapat mengalahkan kebatilan.Buat sahabat-sahabat sekalian yang bakal menghadapi peperiksaan, amalkan formula doa+usaha+ Tawakal= kejayaan. Setiap usaha yang dilakukan perlulah disertai dengan tawakal kepada yang Esa kerana sesungguhnya setiap ketentuan berada di tanganNya.Moga segalanya beroleh keberkatan dari ALLAH,Pemilik Agung diri kita:hamba yang kerdil. Selamat Maju Jaya,semoga dipermudahkanNya"

Antara MPP umum Mahasiswa yang bersama-sama turun padang ke KTSN ialah Muhammad Syafiq b Abdul Aziz dan Muhamad Faiz b Ismail. Turut hadir adalah MPP Fakulti Pendidikan, Khairul Anuar Bin Mat Lazim dan MPP Fakulti Perubatan,Nasiha Omar. Ribuan penghargaan kepada MPP mahasiswa dari Bangi dan jemaah yang hadir mengimarahkan majlis.Semoga usaha kita yang sedikit ini untuk mendoakan saudara-saudara kita di Palestin dan juga untuk mencapai kejayaan dunia akhirat mendapat redhaNya.

0 comments:

Post a Comment

 
MMORPG Games - MMORPG List - Video Game Music